Menjadi satu tradisi jika di Malaysia, Kedai Mamak merupakan tempat di mana rakyat Malaysia berkumpul untuk menonton sukan bersama-sama.
Seperti semalam, Sukan Olimpik di Paris menyaksikan betapa bersatu padunya rakyat Malaysia menonton perlawanan pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di dalam sukan Olimpik Paris 2024.
Perlawanan ChiaSoh berakhir malam tadi setelah berjaya membawa pulang gangsa yang merupakan pingat pertama untuk Malaysia.
Pertempuran di dalam gelanggang badminton di Arena Porte De La Chapelle memberikan aksi yang penuh mendebarkan.
Dengan menyaksikan semangat rakyat Malaysia bersama-sama menyokong Malaysia di Kedai Mamak tidak mengira kaum, benarlah, sukan dan Kedai Mamak menyatukan rakyat Malaysia.
Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok Shah Aidin membuktikan kesepaduan tersebut.
Tanpa mengira warna kulit dan fahaman politik, penyokong Malaysia bersatu menyokong negara yang dicintai semua.
Terima kasih buat semua atlet Malaysia! Semoga Malaysia terus maju dan kita utuh bersatu tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
Sumber: Shah Aidin
Baca juga: Lelaki Kongsi Pengalaman Jumpa Klon PMX Lepak Kedai Mamak, Ramai Netizen Terhibur