Penghantaran makanan ke rumah sudah menjadi satu keperluan pada masa kini. Ada kalanya, kita tidak sempat untuk memasak dan membeli makanan dalam hari yang kesibukan berpanjangan.
Justeru, pilihan mudah yang ada adalah memuatnaik Food Panda ataupun Grab Food lalu memesan dari rumah. Tetapi kerana ia adalah satu aplikasi mudah atas talian, ibu bapa yang mempunyai anak kecil serta memberi anak untuk main telefon atau peranti lain haruslah lebih berhati-hatii.
Tidak pasal-pasal pula, anak-anak memesan sesuatu tanpa kita ketahui. Dan, hal ini terjadi kepada salah seorang pelanggan Food Panda, Amirah Syamimi yang juga merupakan founder Demica.
Menurut satu perkongsian video di laman TikTok, dia terkejut kerana tiba-tiba mendapat tahu terdapat 3 motor Food Panda yang ingin menghantar makanan kepadanya, wallhal dia tidak memesan apa-apa.
“3 motor Food Panda depan rumah, tapi kita tak order pun,” tulisnya dalam keterangan video berkenaan.
Dalam pada itu, dia menyangkakan suaminya yang memesan makanan daripada Food Panda berkenaan. Kerana katanya, anak kecilnya yang bernama Rayqal tidak mempunyai telefon untuk memesan makanan tersebut. Jadi, siapa lagi yang memesannya?
Setelah bertanya dengan lebih lanjut, rupa-rupanya anaknya telah memesan Food Panda melalui ipadnya. Dia dan suami terkejut kerana tidak menyangka anaknya pandai menggunakan ipad untuk memesan pesanan sedemikian rupa.
Menurutnya, semua keropok segera itu dibayar dahulu oleh pembantu rumahnya kira-kira RM100 lebih. Dia juga berkata, dia dan suami tidak akan membeli keropok segera kerana melarang anaknya memakan makanan yang tidak berkhasiat.
“Dia buka plastik makanan keropok itu, tapi dia tak makan, mungkin dia ingat keropok tu macam popia,” jelasnya lagi.
Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen yang kagum dengan kepandaian anaknya dan geli hati dengan kisah yang dikongsikan. Ramai memuji kocemelan anak kecil berkenaan.
Mengambil salah satu komen netizen, ada yang berkata, ” hahaha eii Rayqal you buat apa ni. Comel dan pandai ya dia,” katanya dalam ruangan komen.
@amirahsyamimi_ 3 motor food panda depan rumah, tapi kita tak order pun 😅 #LadyBossDemica #Demica #AmirahSyamimiStoryTime
@amirahsyamimi_ 3 motor food panda depan rumah, tapi kita tak order pun 😅 #LadyBossDemica #Demica #AmirahSyamimiStoryTime ♬ original sound – Amirah Syamimi
Dalam era yang serba canggih ini, anak-anak tidak kira kecil atau besar memang pandai menggunakan teknologi yang ada. Jadi, sebagai orang dewasa tengok-tengoklah aplikasi apa yang ada dalam peranti untuk kita lebih berhati-hati.
Sumber: amirahsyamimi_
Baca juga: “Rasa macam nak pengsan..” Wanita Terkejut Anak Pesan 17 Cawan Air Boba Berharga Rm150 di Foodpanda!