Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 3 Kali Kena Sihir Oleh Individu Yang Iri Hati, Lelaki Ini Tetap Nekad & Masih Lagi Ingin Memperjuangkan Perniagaannya

3 Kali Kena Sihir Oleh Individu Yang Iri Hati, Lelaki Ini Tetap Nekad & Masih Lagi Ingin Memperjuangkan Perniagaannya

Kategori:
KENA SIHIR

Dalam masyarakat Melayu, penggunaan perkhidmatan bomoh untuk menyihir dan santau bukanlah sesuatu yang baharu. Mereka yang termakan dengan sifat tamak dan iri hati dengan kesenangan orang lain akan menggunakannya bagi menjatuhkan si mangsa.

Bukan sahaja boleh merugikan seseorang, perbuatan sihir sangat dilarang di sisi agama Islam kerana ia merupakan perbuatan syirik yang boleh melalaikan dan menyebabkan kecederaan serta kematian pada mereka yang terkena dengannya.

3 Kali Kena Sihir Oleh Individu Yang Iri Hati

Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikTok, aidil_laparhq, lelaki itu meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan seseorang yang tidak senang melihat kejayaannya setelah dia membuka sebuah gerai makan untuk menjual burger.

Belum lagi bergelar jutawan dan baru sahaja ingin merasai kejayaan dengan perniagaannya, lelaki itu bagaimanapun diuji apabila dia terkena perbuatan sihir yang telah dilakukan oleh seseorang yang iri hati dengannya. Menurutnya, hal itu sudah berlaku sebanyak tiga kali ke atasnya.

Hal itu disedari apabila salah seorang pekerjanya mengadu bau busuk yang sangat melampau walaupun tidak dapat dikenal pasti puncanya. Diperiksa, lelaki itu telah menemui tiga biji telur tembelang (busuk) yang telah diletakkan bagi melakukan perbuatan syirik itu.

Walaupun hal itu boleh menghampakan semangat, lelaki itu nekad untuk bangkitkan diri dan terus memperjuangkan perniagaannya agar dia dapat menjadi salah seorang peniaga yang berjaya di masa akan datang. KENA SIHIRKENA SIHIR

@aidil_laparhq

hari ni pekerja ngadu kedai kena sihir lagi😭kenapa nak iri hati eh..

♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

@aidil_laparhqhari ni pekerja ngadu kedai kena sihir lagi😭kenapa nak iri hati eh..♬ Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Masih Ada Manusia Seperti Ini..

Menjengah di ruangan komen, warganet turut terkilan dengan tindakan sesetengah individu yang iri hati dan menggunakan perbuatan sihir bagi menjatuhkan perniagaan orang lain. KENA SIHIR

Perbuatan kutuk inilah yang akan dilakukan oleh mereka yang telah lalai dan sesat. Semoga kita semua dijauhkan dari individu yang mempunyai sifat tamak dan iri hati. Sambil itu sebagai umat Islam, apa salahnya kita sedekahnya doa pada peniaga itu agar tetap tabah dan perniagaannya dapat pulih dalam masa terdekat.

Kredit: TikTok aidil_laparhq

Baca Juga: Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support

tags: |