Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kena Sindir Dengan Pelanggan Yang Naik Kereta Mewah, Pekerja Ini Hanya Mampu Sabar

Kena Sindir Dengan Pelanggan Yang Naik Kereta Mewah, Pekerja Ini Hanya Mampu Sabar

Kategori:
kena sindir dengan pelanggan

Bekerja di industri Food and Beverage (F&B) bukannya hal yang mudah. Selain dari waktu bekerja yang tidak menentu, gaji yang kecil serta beban kerja yang memenatkan, mereka juga perlu menghadapi pelbagai kerenah pelanggan yang boleh memeningkan kepala.

Hal itu boleh boleh menguji kesabaran pekerja yang sedang bertugas, terutamanya bila perlu berurusan dengan pelanggan yang melampau, sanggup menyindir dan menghina pekerja gara-gara kesalahan kecil atau isu yang tidak dielakkan.

Kena Sindir Dengan Pelanggan Yang Naik Kereta Mewah, Pekerja Ini Hanya Mampu Sabar

Terbaharu, seorang wanita, wanyleeyana, memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan apabila terpaksa berurusan dengan seorang pelanggan yang biadap.

Berkerja di sebuah restoran makanan segera, kekurangan pekerja dan pesanan yang datang tanpa henti telah membuatkan perkhidmatan restoran menjadi perlahan. Untuk mengelakkan pelanggan berasa tidak berpuas hati, dia memaklumkan hal itu pada pelanggan dan memberitahu bahawa setiap pesanan yang dilakukan akan mempunyai anggaran masa untuk disiapkan jadi pelanggan terpaksa menunggu buat seketika.

kena sindir dengan pelanggan

Seorang pelanggan pada mulanya memahami akan hal itu tapi baru lepas sahaja 10 minit, dia mula mengeluh dan bertanya mengenai pesannya seolah menggesa pekerja-pekerja.

kena sindir dengan pelanggan

Pelanggan itu yang kelihatan seperti orang berada dan menaiki kereta mewah turut menyindirnya. Hal itu merupakan sesuatu yang sering dihadapi dan walaupun situasi itu menguji kesabarannya, dia menahan diri dari memarahi pelanggan tersebut kerana risau dibuang kerja.

https://www.tiktok.com/@wanyleeyana/video/7095358102219885851?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@wanyleeyana Sabar jela yang boleh, nak marah karang kena buang kerja pulak #fyp ♬ suara asli – maengalo – DJ DIKI APRILIO ™

Menjengah di ruangan komen, orang ramai memahami situasi wanita itu yang perlu berhadapan dengan pelanggan sebegitu. Tambahan ada juga yang mengeluh dan berkongsi pengalaman sama.

Ramai Kongsi Pengalaman Sama, Perlu Melayan Kerenah Pelanggan kena sindir dengan pelanggan kena sindir dengan pelanggan

Dalam hal ini, pihak restoran tidak salah kerana telah memaklumkan itu terlebih dahulu pada pelanggan. Seharusnya pelanggan juga memahami situasi pekerja dan mendidik diri untuk lebih sabar.

Janganlah kita mementingkan diri dan menggesa orang lain. Tentunya mereka sedang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan.

Kredit: wanyleeyana

Baca Juga: Bau Kedai Makan Busuk Teramat Hingga Buat Lelaki Ini Rasa Mual & Hilang Selera Untuk Makan

tags: |