Memandangkan negara berada dalam fasa pemulihan ekoran dari kesan pandemik wabak Covid-19, banyak kedai makan kini kembali beroperasi. Walaupun pernah menghadapi kerugian yang besar, mereka memilih untuk berbuat demikian bagi meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga.
Namun begitu, belum lagi peniaga pulih, rakyat Malaysia dikejutkan dengan isu kenaikan harga barangan mentah. Bukan sahaja harga ayam, malah harga roti dan sayur-sayuran turut naik dengan mendadak sehingga membebankan banyak pihak, terutamanya para peniaga.
Di laman TikTok, seorang pengusaha restoran, abgpotai, memuat naik sebuah video dan berkongsi kenaikan harga sayur kini.
Sangat terkesan, harga sayur-sayuran yang didapati dari pembekal kini telah naik pada 70 peratus menurutnya. Jika nak bandingkan dengan harganya dari sebulan yang lalu, jelas ia amat berbeza. Contohnya, sekotak lobak merah dahulu boleh didapati dengan harga RM 9 tapi kini ia telah melonjak kepada RM 20 sekotak. Selain itu, satu guni kubis dahulu dalam anggaran RM 30 lebih tapi kini ia boleh didapatkan dengan harga RM 80! Banyak bezanya.
Buntu, lelaki itu berharap video ini mendapat perhatian dan membuka mata pihak bertanggungjawab atas isu kenaikan harga barangan kerana ia jelas memberi impak besar pada rakyat.
@abezaini1 Jomm viral biar pihak bertangunjwb buat kerja..
♬ original sound – Restoran kak sal Kelate – Restoran kak sal Kelate🥰
@abgpotaiJomm viral biar pihak bertangunjwb buat kerja..♬ original sound – Restoran kak sal Kelate
Menjengah di ruangan komen, warganet turut merasakan pihak pembekal turut memainkan peranan pada kenaikan harga barangan mentah sekarang ini.
Malah, ada juga yang meluahkan bahawa mereka juga terkesan dengan isu itu.
Jelas perkara ini membebankan banyak pihak. Semoga pihak atasan dapat menyelesaikannya agar dapat meringkan beban seluruh rakyat Malaysia yang terkesan.
Kredit: TikTok abgpotai