Bercakap soal jodoh; semua insan mahu mendirikan sebuah rumah tangga yang bahagia dengan pasangan yang tepat. Tapi hal itu tidak mudah, lebih-lebih lagi ramai yang belum menemui pasangan masing-masing.
Oleh itu, pelbagai aplikasi telah wujud bagi membantu ramai untuk mencari pasangan. Setelah berkenalan, tentunya satu pertemuan akan diaturkan oleh kedua-dua pihak bagi melihat keserasian.
Namun bila bertemu menerusi aplikasi, ramai yang kecewa. Ini kerana tak semuanya adalah seindah seperti yang diharapkan.
Terkini, seorang wanita co.peaberry telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalaman mengecewakan setelah menggunakan dating app untuk mencari pasangan.
Berkenalan dengan seorang lelaki, mereka sering membalas mesej dan berminat untuk berjumpa supaya dapat mengeratkan lagi ikatan.
Yakin dengan lelaki itu, mereka berbincang dan bercadang untuk bertemu di sebuah restoran yang mempunyai konsep makan secara outdoor.
Walaupun berdebar, wanita tersebut sangat teruja untuk bertemu dengan lelaki tersebut. Berpakaian serba cantik, mereka akhirnya berjumpa dan memesan makanan dan minuman dan mengambil tempat untuk berbual sambil menikmati suasana dan pesanan mereka.
Seronok berkenalan, lelaki itu tiba-tiba sahaja meminta izin untuk ke tandas. Namun setelah setengah jam menunggu, kelibatnya masih belum kelihatan.
Akur dirinya ditinggalkan dengan begitu sahaja dan mengeluh dengan tindakan lelaki itu. Menurutnya, dia faham bahawa rupanya mungkin tidaklah cantik seperti lelaki itu harapkan tapi dia tidak harusnya berbuat begitu.
Kalau tak suka pun, seeloknya beritahu dan tolak secara baik-baik supaya wanita itu tidak terlalu tersakiti.
@co.peaberry I tau la i tak cantik, tapi perlu ka nak sidai i mcm tu? Should i just block him? Atau cari dia sampai dapat, lepas tu tumbuk muka dia?? #sedihbanget😭😭😭
@co.peaberry I tau la i tak cantik, tapi perlu ka nak sidai i mcm tu? Should i just block him? Atau cari dia sampai dapat, lepas tu tumbuk muka dia?? #sedihbanget😭😭😭 ♬ original sound – 𝕸𝖚𝖘𝖎𝖈
Melihat di ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan perkara yang terjadi ke atas wanita itu. Faham dia mungkin kecewa, ramai yang tampil memujuk dan meninggalkan kata-kata semangat buat dirinya.
Tak dinafikan aplikasi dating yang ada sangat membantu dan ada juga yang berjaya menemui jodoh mereka menggunakannya.
Namun kita tak tahu niat dan sifat sebenar orang yang kita berkenalan di sana jadi sila berhati-hati dan jangan terlalu meletakkan harapan yang terlampau tinggi takut nanti kecewa.
Kredit: co.peaberry
Baca Juga: Viral Makan Dalam Sungai, Wanita Ini Menyesal Cuba & Tak Sarankan Sebab..