Seperti yang selalu disebut bahawa Negara Malaysia ini mempunyai pelbagai kaum dan bangsa. Jadi semestinya mereka semua mempunyai adab dan budaya mereka sendiri untuk tunjukkan keunikan mereka.
Sama juga dengan artikel kali ini, apabila ramai netizen terkejut apabila kenduri kahwin Sarawak bermula seawal pukul 8 pagi.
“Kenduri Kahwin Mula Pukul 8 Pagi!” – Ramai Baru Tahu Bahawa Kenduri Kahwin Sarawak Bermula Awal Pagi, Tak Panas Sangat Semasa Makan
Video ini dikongsikan oleh amyshafinaz di laman media sosial beliau TikTok. Dimana waktu itu, beliau berkunjung ke kenduri kahwin Sarawak berserta rumah terbuka hari raya.
Ibunya kejut beliau supaya bersiap awal untuk singgah ke kenduri tersebut.
Dapat dilihat bahawa sebenarnya bagus juga buat kenduri kahwin di awal pagi kerana masa akan jadi panjang dan juga tidak berapa panas.
Waktu kemuncak panas ketika kenduri adalah pada pukul 12 tengahhari hingga ke petang.
Tapi ada juga yang mengatakan bahawa kenduri di sana pukul 12 tengah hari sudah habis. Ini sangat ‘rare’ terjadi untuk kita yang berasal dari Negeri Semenanjung.
@amyshafinaz Awal mak suruh bangun nak g kenduri raya ni #inspirasiraya #kendurikahwin
@amyshafinaz Awal mak suruh bangun nak g kenduri raya ni #inspirasiraya #kendurikahwin ♬ Suasana Hari Raya (Acoustic) – Cempaka Remic
Awal Pagi Majlisnya
Menerusi di ruangan komen, ramai yang mengatakan mereka juga pernah pergi ke kenduri kahwin Sarawak dan sangat meriah. Ada yang mengatakan bahawa kenduri di sana sangat rare jika berkait dengan waktu makan di sana.
Kenduri kahwin Sarawak akan bermula pada pukul 8 pagi dan kemungkinan pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahhari makanan suda habis.
Kredit: amyshafinaz