Mesti ramai yang sudah mencuba Dalgona Coffee yang viral itu bukan?

Namun, ramai yang tidak sedar kesan sampingan apabila meminum kopi yang mengandungi kafein yang berlebihan terutamanya kepada penghidap darah tinggi dan gastrik.

Kafein akan meningkatkan kadar metabolisme secara mendadak dan menjejaskan jantung jika mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

Bagi penghidap gastrik pula, kafein akan menyebabkan tindak balas sehingga menyebabkan perut berasa sebu.

Dalgona Coffee ini juga menggunakan gula yang banyak, juga tidak sihat kepada pesakit kencing manis.

Kesan Dalgona Coffee ini telah berlaku kepada pengguna Facebook yang berkongsi di dalam sosialnya, dia telah dimasukkan ke zone kuning. Baca petikan dibawah.

Menurutnya, sebelum ini dia jarang minum Nescafe. Selepas mencuba Dalgona Coffee ini, malam itu dia menjadi sesak nafas, kaki pucat kuning. Bila ke hospital, dia dimasukkan ke zone kuning dan terus membuat pemeriksaan jantung. Doktor memberitahu jantungnya berdegup laju. Dia telah membuat X-ray, diambil darah, dimasukkan air dan membuat ujain jantung sebanyak 3 kali. Tekanan darah tinggi mencecah 191. Doktor memberitahu air yang dicubanya itu bahaya kerana mempunyai banyak kaffein.

Ini merupakan petikan daripada komen di statusnya.

“Ikut atas kemampuan badan orang juga..”

“Gula tinggi, nescafe kalau saya minum habis perut gastrik teruk..”

“Peminat coffee tak digalakkan minum”

“Peminat nescafe tegar je boleh minum..”

“Mungkin overdos. Suami, adik dan anak minum ok..”

“Tak semua orang boleh minum, ikut orangnya..”

“Kalau ada darah tinggi, jangan cuba-cuba minum”

 

Jadi menurut komen-komen tu, tak semua boleh cuba Dalgona Coffee ni. Hati-hati ya semua.

Tetapi jangan risau, untuk yang tak boleh minum kopi boleh cuba Resepi Dalgona Milo, Untuk Bukan Penggemar Kopi. 

 

(This post has been visited 36,717 times!)