Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kerap Sakit Lutut, Wanita Ini Kongsi 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Untuk Terus Lega. Guna Bahan Dapur, Mudah Saja!

Kerap Sakit Lutut, Wanita Ini Kongsi 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Untuk Terus Lega. Guna Bahan Dapur, Mudah Saja!

Kategori:
sakit lutut

Masalah sakit lutut akan dialami oleh setiap orang. Terutamanya apabila usia kita makin meningkat, makin kerap anda akan alaminya.

Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan sakit itu akan terus melarat. Antara cara mudah untuk melegakan sakit lutut adalah mengurutnya dengan minyak panas. Namun, tak semua mempunyainya di rumah.

Jadi, buat anda yang tercari cara mudah untuk legakan sakit lutut, boleh lah cuba petua yang dikongsikan oleh Liza Hamdi di Facebook. Mudah sahaja, cuma perlu gunakan bahan dapur terus berkesan.

7 Petua Untuk Hilangkan Sakit Lutut

1. Lemon

sakit lutut

Lemon boleh digunakan untuk membantu merawat sakit lutut yang berpunca daripada artritis. Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis.

Cara Penyediaan

  • Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil.
  • Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas.
  • Celupkan kain ke dalam minyak bijan.
  • Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5 hingga 10 minit.
  • Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang.

2. Halia

sakit lutut

Halia adalah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana halia bersifat anti radang.

Cara Penyediaan

  • Hancurkan sekeping kecil halia.
  • Masukkan ke dalam 1 cawan air dan didihkan selama 10 minit.
  • Tapis dan tambahkan sedikit madu serta jus lemon.
  • Minum 2 hingga 3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang.

Nota: Kajian artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan bersama dengan rawatan prekripsi.

3. Minyak Biji Sawi

sakit lutut

Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan. Selain itu, membantu memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kesakitan.

Cara Penyediaan

  • Panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi.
  • Kemudian, goreng 1 ulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan.
  • Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi.
  • Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing.
  • Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit.
  • Lakukan 2 kali sehari selama 1 hingga 2 minggu.

4. Kunyit

sakit lutut

Kunyi mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti radang dan antioksida yang boleh mengurankan sakit. Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.

Cara Penyediaan

  • Campurkan 1/2 sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air.
  • Didihkan selama 10 minit.
  • Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.

5. Cuka Epal (Apple Cider)

sakit lutut

Cuka epal cider boleh membantu melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut disebabkan oleh sifat alkalinya. Ia juga membantu memulihkan pelincir dan seterusnya mengurangkan rasa sakit dan membantu pengerakan.

Cara Penyediaan

  • Campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis.
  • Minum campuran ini sepangjang hair.
  • Amalkan minum setiap hari hingga pulih sepenuhnya.

6. Garam Epsom

sakit lutut

Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh melegakan sakit lutut.

Cara Penyediaan

  • Tambah 1/2 cawan garam epsom ke dalam air mandian yang suam dan kacau sehingga sebati.
  • Rendamkan lutut yang sakit dalam capuran air suam tadi selama 15 minit.
  • Lakukan beberapa kali seminggu hingga hilang rasa sakit.

7. Minyak Kayu Putih

sakit lutut

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut. Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis.

Cara Penyediaan

  • Campurkan 5 hingga 7 titik minyak kayu putih dan 5 hingga 7 titik minyak pepermint.
  • Kemudian, masukkan 2 sudu besar minyak zaitun.
  • Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari.
  • Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.

Rupanya terdapat pelbagai petua yang hebat dan mudah yang kita boleh amalkan untuk legakan sakit lutut, kan? Bagi anda yang alami sakit lutut boleh lah cuba petua-petua ini.

Semoga petua ini membantu.

Kredit: Liza Hamdi

Baca Juga: Ini 7 Petua Yang Anda Boleh Amalkan Dengan Daun Durian Belanda Untuk Badan Sihat & Bebas Penyakit.

 

tags: |