Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dah Tulis Besar-Besar..”, Pelanggan Kesal Minta Taknak Sayap Ayam, Tapi Dapat Juga, Mujurlah..

“Dah Tulis Besar-Besar..”, Pelanggan Kesal Minta Taknak Sayap Ayam, Tapi Dapat Juga, Mujurlah..

Kategori:
sayap ayam

Memesan makanan atas talian sememangnya menjadi kegemaran dan kewajipan di zaman dunia yang serba canggih ini.

Tambahan, ia boleh menjimatkan masa bagi mereka yang bekerja dan tidak sempat untuk memasak atau ke kedai makan bagi membeli makanan.

Semuanya di hujung jari, hanya memilih pilihan makanan yang ingin dipesan. Bersamanya juga, boleh diselitkan nota tambahan untuk pengetahuan peniaga bagi memenuhi pesanan khas untuk makanan yang dibeli.

“Dah Tulis Besar-Besar..”, Pelanggan Kesal Minta Taknak Sayap Ayam, Tapi Dapat Juga, Mujurlah..

sayap ayam

Terbaharu, sebuah video di TikTok mendapat perhatian netizen. Ini apabila makanan yang dipesan melalui Grab Food daripada sebuah kedai makanan sedikit mengecewakan.

Melalui perkongsian video itu, pelanggan terbabit telah memesan nasi kerabu dengan meletakkan nota tambahan (taknak sayap) dalam pesanan berkenaan.

Tetapi, apa yang diminta menjadi sebaliknya apabila dia mendapat ketulan sayap ayam sebagai lauk.

“Dan hang dah tulis besaq-besaq, taknak sayap. Tapi yang hang dapat..

“Punca punca dok tulih panjang panjang dan besar besar dan ulang ulang,” luahnya di keterangan video terbabit.

Melihat kepada ruangan komen, ada sesetengah netizen mengatakan bahawa sesetengah peniaga memang tidak perasan kerana tergesa menyiapkan pesanan yang banyak.

“Pernah send text apa yang awak nak tak selain tak nak? Saya rasa bila rushing tu dia nampak sayap je,”katanya.

Pemilik video membalas “tu la, saya rasa dorang busy. Nasib baik rasa tak mengecewakan,” katanya lagi.

“Mujurlah Rasa Tak Mengecewakan”

sayap ayam

@anayuenorm Punca2 dok tulih panjang-panjqng dan besar-besar dan ulang-ulang! #fypsounds #grabfood #foodpanda #pikirdulubaruupload #foodlover #nasikerabuayambakar ♬ Tang Tang Tang Fyp – DJ Gemoy

Selain itu, ada juga netizen yang memberi komen sebegini.

“Orang ni bila diberikan arahan, perkataan yang last tu yang dia nampak atau dengar. Jadi dia nampak sayap. So dia bagi lah. Lain kali sayap ‘no’,” komennya.

Ada juga netizen bekata, bahawa perkataan sayap memang jangal bagi sesetengah orang kerana ada yang memangil sayap ialah kepak.

“Kalau saya, saya tak faham sayap ayam tu kepak ayam,” kata netizen lain.

Mungkin Tak Faham Sayap Tu Kepak, Mungkin Tak Perasan

Mungkin melalui kisah ini, tuan kedai memang tak perasan perkataan taknak. Bolehlah dijadikan pengajaran buat peniaga untuk membacanya betul-betul. Selain itu, bagi pelanggan, boleh juga menulis apa yang dimahukan terus.

Apa-apa pun, semoga urusan semua dipermudahkan.

Sumber: Puan Norm

Baca lagi: Caj Beg Plastik 20 Sen Di Pasar Raya, Ini Tindakan Segelintir Pelanggan Buat Pekerja Kesal

tags: | | |