Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kesan Pembelian Panik Tanpa Memikirkan Orang Sekeliling

Kesan Pembelian Panik Tanpa Memikirkan Orang Sekeliling

Kategori: ,
Pembelian Panik

Bilangan mangsa penyakit berjangkit COVID-19 di Malaysia semakin meningkat dan ia telah mencetuskn perasaan panik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selepas tularnya berita palsu tentang berkemungkinan berlakunya perintah berkurung di Malaysia, segelintir daripada mereka bertindak melakukan pembelian panik di pasaraya.

Melalui perkongsian di Twitter, beberapa pasaraya kelihatan dibanjiri orang ramai yang membeli barang keperluan dengan jumlah yang banyak atas alasan ingin bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlakunya perintah berkurung.

Tindakan itu telah mencetuskan kemarahan warganet yang merasakan ia satu perlakuan yang memetingkan diri.

Kesan pembelian panik kepada mereka golongan tidak mampu

Sekiranya mereka membeli barang tanpa kawalan ia akan memberi kesan yang buruk kepada mereka yang dalam golongan tidak mampu dan kepada mereka yang betul-betul memerlukan barang keperluan tersebut.

https://twitter.com/IsmailKasih/status/1239440345621884928?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239440345621884928&ref_url=https%3A%2F%2Fiamlejen.com%2Fjangan-penting-diri-tindakan-segelintir-rakyat-malaysia-penuhi-pasar-raya-cetus-kemarahan-warganet%2F

https://twitter.com/liztai/status/1239409009418883074?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239409009418883074&ref_url=https%3A%2F%2Fiamlejen.com%2Fjangan-penting-diri-tindakan-segelintir-rakyat-malaysia-penuhi-pasar-raya-cetus-kemarahan-warganet%2F

Berisiko tinggi kerana peluang untuk anda dijangkiti COVID-19

Malah, tindakan itu juga berisiko tinggi kerana peluang untuk anda berjangkit lebih mudah akibat orang ramai berkumpul di satu kawasan tanpa anda ketahui tahap kesihatan mereka.

Selain itu, pihak kementerian juga menasihati orang ramai untuk tidak membeli barangan dengan jumlah yang banyak kerana ia boleh mengakibatkan kenaikan harga barang dan memberi kesan yang buruk kepada bekalan di negara kita.

https://twitter.com/Afiqidham_02/status/1239492144517099520?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239492144517099520&ref_url=https%3A%2F%2Fiamlejen.com%2Fjangan-penting-diri-tindakan-segelintir-rakyat-malaysia-penuhi-pasar-raya-cetus-kemarahan-warganet%2F

Diharapkan rakyat Malaysia dapat mengawal diri daripada membeli barang keperluan melebihi jumlah yang diperlukan dan memikirkan nasib orang yang lebih memerlukan.

Tidak semua orang mampu membeli secara banyak seperti ini dan perlu difahami situasi pandemik ini tidak akan menjejaskan bekalan harian jika semua orang bekerjsama dan lebih prihatin.

Pembelian panik bukan jalan jalan penyelesaian, sebaliknya penjagaan jarak dari orang ramai patut diutamakan untuk mengelakkan jangkitan.

Nasihat untuk anda sentiasalah membasuh tangan dengan sabun dan memakai penutup mulut jika anda mempunyai simptom seperti batuk dan selesema untuk mengelakkan anda menyebarkan virus.

Elakkan mencetus panik dengan menyebar berita palsu tanpa pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak kerajaan.

Sumber: Twitter, I AM LEJEN.

tags: |