Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Ketagih Makan Beras Mentah Masa Hamil, Para Ibu Kongsi Kisah ‘Pelik’ Tapi Benar Mengidam, Ini Ceritanya..

Wanita Ini Ketagih Makan Beras Mentah Masa Hamil, Para Ibu Kongsi Kisah ‘Pelik’ Tapi Benar Mengidam, Ini Ceritanya..

Kategori:
makan beras

Tidak dinafikan, ketika para ibu dalam tempoh mengandung, pelbagai kisah dan pengalaman pelik yang perlu dihadapi oleh isteri dan suami kerana mengidam. Ada yang alahan kepada bau, tidak kurang juga mengidam benda yang pelik-pelik.

Mengidam adalah perkara yang biasa dialami kebanyakan wanita mengandung atau hamil. Ia merupakan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan dan hal-hal lain yang dirasai ketika tempoh tersebut.

Ada pengalaman yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.

Wanita Ini Ketagih Makan Beras Mentah Masa Hamil, Para Ibu Kongsi Kisah ‘Pelik’ Tapi Benar Mengidam, Ini Ceritanya..

makan beras

Cerita mengenai mengidam ni, baru-baru ini tular satu perkongsian video di TikTok berkenaan seorang ibu yang berkongsi pengalaman mengidam dan dianggapnya sebagai satu amalan ketagih.

Wanita tersebut bercerita yang dia suka makan beras mentah tanpa dimasak dan menjadi amalan yang selalu dibuat semasa tengah mengandung.

Melalui perkongsian video berkenaan, dia menunjukkan bagaimana dia mula-mula membasuh beras mentah lalu memakan beras mentah tanpa memasaknya.

“My current addiction, makan beras. Korang?”, katanya menceritakan pengalaman mengidam makan beras berkenaan.

makan beras

https://www.tiktok.com/@sheeyunus/video/7124934997600898331?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@sheeyunus My current addiction, makan beras. Korang ?? #fyp #pregnant #mommy ♬ Это любовь – Амирчик

Meninjau ruangan komen, ramai para ibu yang berkongsi pengalaman hampir sama, dan ramai juga berkongsi pengalaman yang lebih luar biasa.

Misalnya, mengambil komen Anis Zainur, dia berkata, yang dia juga pernah mengidam makan beras mentah ketika mengandung tetapi lagi teruk.

“First preggy akak suka kunyah beras macam ni. Siap buat bekal ke pejabat. Lagi teruk dari awak, beras tu tak basuh, kunyah gitu aja. Sebab addicted sangat sampai lubang gigi-gigi,” ceritanya berdasarkan pengalaman makan beras masa hamil.

“Suka Kunyah Beras Sampai Berlubang Gigi”

makan beras

Selain itu, seorang netizen lain yang berkongsi pengalaman mengidam yang lebih dahsyat adalah teringin dan kempunan memakan daging babi.

“Dulu saya teringin nak makan babi. Sian anak dulu air liur meleleh. Sumpah bila terkenanng pelik-pelik je,” kata Izzatul Amirah berkongsi dan bercerita pengalaman yang diingatnya.

“Teringin Nak Makan Babi”

makan beras

Mengidam ni memang macam-macam kan? Daripada awal lagi kita dah boleh tengok pengorbanan ibu ni cukup besar. Tidak kurang juga dengan pengorbanan ayah yang menuruti apa yang diidamkan ibu.

Semoga para ibu dan ayah di luar sana sentiasa dipermudahkan urusan ya!

Sumber: Sheeyunus

Baca juga: “Terima Kasih Abang Grab!”, Budak Kecil Tersekat Kepala Main Kereta Mainan, Rider Ini Jadi Penyelamat!

tags: | |