Buat mereka yang bergelar OKU (Orang Kelainan Upaya), peluang pekerjaan sangat nipis dan tak banyak majikan yang sedia menerima mereka bekerja oleh kerana batasan fizikal mereka. Oleh kerana itu, ada diantara mereka terpaksa menjaja dan menyanyi di tepi jalan demi sesuap nasi.
Simpati akan nasib golongan OKU dan peluang pekerjaan yang terhad, pihak KFC telah tampil untuk menyediakan peluang pekerjaan buat golongan tersebut. Malah, terdapat beberapa cawangan KFC yang mengambil pekerja OKU untuk menjadi sebahagian daripada team mereka.
Terbaru, seorang lelaki, hazwanhfiz, telah mengunjungi salah satu cawangan KFC di Malaysia. Namun, cawangan itu lain dari yang lain kerana menurutnya, ia merupakan KFC yang paling ‘senyap’ di Malaysia. Hal ini kerana cawangan tersebut, dipercayai KFC di Sentul Raya, diuruskan oleh pekerja-pekerja dari golongan OKU.
Rupa cawangan tersebut sama sahaja dengan mana-mana KFC yang lain, cuma pihak KFC ada menyediakan memo untuk maklumkan pada pelanggan bahawa pekerja-pekerja di cawangan tersebut merupakan mereka yang berstatus OKU jadi ada cara-caranya untuk berurusan mereka. Pelanggan boleh juga guna bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan mereka.
@hazwanhfiz KFC paling ‘senyap’ di Malaysia diuruskan oleh kakitangan kelainan upaya pendengaran & percakapan. Ada yang tahu dekat mana?
@hazwanhfizKFC paling ‘senyap’ di Malaysia diuruskan oleh kakitangan kelainan upaya pendengaran & percakapan. Ada yang tahu dekat mana?♬ original sound – Papa Khai®️ KnZ – papakhai@KNZ
Menjengah di ruangan komen, netizen turut memuji tindakan pihak KFC yang telah memberi peluang pekerjaan pada golongan OKU. Hal tersebut membuka ruang buat mereka untuk mencari rezeki yang halal sambil menampung kos kehidupan diri dan keluarga.
Tahniah dan terima kasih KFC kerana membuka peluang buat mereka yang kurang upaya. Semoga tindakan ini menjadi inspirasi buat pihak lain untuk turut berbuat begitu.
Kredit: TikTok hazwanhfiz