Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Nak Pelanggan Kecewa atau Tak Puas Hati, KFC Lancar Polisi Tukar Ayam Lain. Jom Tengok Caranya!

Tak Nak Pelanggan Kecewa atau Tak Puas Hati, KFC Lancar Polisi Tukar Ayam Lain. Jom Tengok Caranya!

Kategori: ,

Siapa yang tak suka KFC? Sejak berpuluh tahun, KFC sudah menjadi satu kemestian buat ramai rakyat Malaysia. KFC sering menjadi makanan segera pertama yang terlintas di fikiran kita bila ingin nikmati makanan yang ringkas, pantas dan disukai seisi keluarga.

Tak kiralah apa-apa sambutan sekalipun, dari majlis Hari Jadi hingga raya terkejut sekalipun, KFC tetap menjadi pilihan ramai tanpa mengira masa.

Justeru itu, KFC akan terus setia bersama rakyat Malaysia bagi menghidangkan aneka hidangan yang berkualiti tinggi.

Memang tak dinafikan ada kalanya saiz ayam KFC sejak akhir-akhir ini didapati agak kecil dan membuatkan pelanggan rasa tak berbaloi untuk beli.

Apakah langkah yang KFC ambil untuk tangani isu ini? Boleh tak pelanggan tukar ayam lain kalau tak puas hati?

Tukar Ayam Lain

Kredit : vitdaily

KFC Lancarkan Polisi Tukar Ayam Lain

Selari dengan sambutan yang menggalakkan oleh rakyat Malaysia terhadap restoran makanan segera ini, KFC terus komited dalam menyajikan juadah yang menyelerakan buat semua.

Bagi mengekalkan kualiti makanan secara berterusan, KFC kini melancarkan Polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”. Polisi baharu ini akan membolehkan pelanggan untuk menukar ayam yang dianggap tidak berkualiti atau tidak memuaskan.

Bila pelanggan sudah dapat ayam yang lebih berkualiti, barulah pelanggan akan lebih puas hati untuk nikmati ayam di KFC!

Tukar Ayam Lain

Untuk dapatkan ayam yang confirm puas hati di KFC, anda perlulah ikuti beberapa langkah seperti berikut :

  1. Imbas kod QR unik yang disediakan di restoran.
  2. Isikan borang penukaran dan klik “Submit” untuk hantar.
  3. Untuk tukar ayam lain, tunjukkan halaman “Thank You” di kaunter. Itu saja!

Jangan Lupa Cuba Promosi Baru KFC, Jimat Siang!

Anda juga berpeluang untuk dapatkan penjimatan berganda menerusi promosi Jimat Siang! Dengan tawaran harga menu serendah RM 7.99 untuk set kombo makan tengah hari, alamatnya memang rugilah kalau anda tak ambil peluang ini! Tambahan pula, promosi ini sah untuk waktu terhad saja tau!

Tukar Ayam Lain

Pelanggan boleh nikmati harga diskaun ini dari Isnin hingga Khamis bermula pada 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang dengan pilihan 6 variasi kombo iaitu :

  1.  Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
  2. Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60)
  3. Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49)
  4. Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
  5. Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99)
  6. Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)

Kalau nak tahu, promosi ini boleh didapati sama ada untuk dibawa pulang, pandu lalu dine-in di restoran. Untuk makluman anda, promosi ini tidak terdapat di beberapa restoran KFC iaitu Intermark Mall, Pavilion Shopping Centre, Avenue K Shopping Centre, Langkawi, Legoland, Delco, Genting & Airports. Tapi, jangan risau, ada banyak lagi restoran KFC lain yang anda boleh serbu untuk dapatkan tawaran hebat ni. Jom pergi KFC!

tags: