Pastinya kita sudah mengenali P Ramlee. Lagenda negara yang namanya tak pernah lapuk dek zaman, tak lekang dek panas. Begitu juga dengan filem dan lagu-lagu beliau. Sehingga kini ianya masih menghiburkan kita. P Ramlee amat dikenali sebagai seorang yang gemar makan Nasi Kandar dan beliau dibesarkan di Penang.
Sebagai satu penghormatan khas buat beliau, KFC akan mengeluarkan menu baharu bermula esok, 28 Oktober 2021. Menu baharu dan eksklusif tersebut adalah Burger P Ramlee. Dalam filem terakhirnya iaitu Laksamana Do Re Mi, Nasi Kandar juga ada diketengahkan dalam satu babak. Menunjukkan kesukaan beliau terhadap juadah ini.
Burger P Ramlee KFC kali ini datang dalam pelbagai rasa aromatik dari bahan-bahan unik dalam Nasi Kandar kepada Zinger Hot & Spicy.
Dilengkapi pula dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup. Kemudian disempurnakan pula dengan sayuran berempah dan mayonis lalu diapit dengan ban bijian bakar.
Tampak sungguh menyelerakan kan? Korang boleh dapatkan Burger P Ramlee ini melalui pelbagai pilihan. Sama ada Ala Carte, Kombo, Set Lagenda dan Kombo Ikon.
Berikut merupakan harga Burger P Ramlee KFC:
Burger P Ramlee Ala Carte | RM12.49 | |
Burger P Ramlee Combo | Burger P Ramlee, kentang goreng dan air | RM15.99 |
Set Lagenda | Burger P Ramlee, Loaded Potato Bowl dan air | RM18.49 |
Kombo Ikon | 2 burger P Ramlee, 2 ketul ayam dan cheezy wedges | RM33.49 |
Boleh dapatkan dengan mudah dan selamat di www.KFC.com.my atau aplikasi KFC Malaysia. Nak self collect atau pandu lalu pun boleh.
Kalau nak lebih jimat korang boleh guna kod promo PRAMLEE bagi mendapatkan diskaun 10% jika korang buat pesanan melalui aplikasi KFC. Tak sabar kan nak tunggu esok? Nak rasa kehebatan Burger P Ramlee bersama Kuah Kandar yang padu ini.
Jangan lupa untuk maklumkan dan kongsikan berita menarik ini kepada kenalan atau kawan-kawang korang!
Mesti korang tertanya-tanya kan worth ke tak untuk try burger ni. Tim Daily Makan dah buat review burger P Ramlee KFC ni untuk korang. Berapa bintang Jannah & Rasida bagi kali ni? Jom tengok reaksi mereka di video ini.
Apa pun, korang yang adventurous dan nakkan kelainan tu boleh cuba burger P Ramlee dari KFC ni. Moga bergetar jiwa korang!
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Makan Bun KFC Yang Betul, Mungkin Masih Ramai Yang Tak Tahu Cara Ini