Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » KFC Perkenal Dua Perisa Baru Burger Zinger, ZINGER SPICY BBQ & ZINGER CHEEZY

KFC Perkenal Dua Perisa Baru Burger Zinger, ZINGER SPICY BBQ & ZINGER CHEEZY

Kategori:
Burger Zinger

Burger Zinger KFC tidak asing lagi buat penggemar KFC, lagi-lagi bila dimakan bersama ayam goreng mereka! Menu  mereka ini merupakan salah satu menu yang paling laris dijual.

Kami ada berita gembira khas untuk penggemar KFC, mereka telah mengeluarkan dua perisa Burger Zinger yang baru iaitu Zinger Spicy BBQ dan Zinger Cheezy bermula 15 Julai 2020! Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkannya dalam set kombo dengan menu kegemaran yang lain.

2 Perisa Baru Zinger Burger, Zinger Spicy BBQ & Zinger Cheezy 

Rasa dua burger baru ini tidak jauh berbeza dengan Burger Zinger Classic, namun rasanya lebih hebat dengan sos tambahan iaitu Sos BBQ Pedas dan Sos Keju Japapeno. Kedua-dua burger ini didatangkan bersama sos mayonis yang berkrim, salad segar, sekeping keju dan sekeping ayam goreng berjus yang diapit dengan 2 keping roti bijan panggang. Dan semestinya, anda masih boleh mendapatkan Burger Zinger Classic di dalam menu.

Satu Set Makanan Dan Set Kombo

KFC juga turut menawarkan 1 Set Makanan dan Kombo Cheezy Wedges. Bermula dari hanya RM19.90, pada 1 Set Makanan anda akan dapat 1 Burger Zinger perisa pilihan anda, 1 ayam goreng original atau pedas, 4 keping nugget, coleslaw, kentang putas dan air Sjora Mangga Ria.

Kredit: KLFoodie

tags: