Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Khairul Aming Dipuji Kongsi Kelemahan Hasil Post Mortem Jual 10K Sambalnyet, Akan Perbaiki Lebih Baik

Khairul Aming Dipuji Kongsi Kelemahan Hasil Post Mortem Jual 10K Sambalnyet, Akan Perbaiki Lebih Baik

Kategori:
Khairul Aming Dipuji

Satu Malaysia pasti mengenali Khairul Aming yang merupakan influencer makanan terkenal. “Hey what’s up guys”, itu antara intro yang biasa kita dengan dalam setiap video masakan beliau. Resepi yang dikongsikan sangat mudah untuk diikuti dan oleh sebab itu beliau berjaya menarik perhatian netizen.

Baru-baru ini Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman telah menghebohkan laman sosial bila mana dia berjaya menjual 10,000 unit Sambal Nyet yang baru dikeluarkannya hanya dalam masa 54 minit sahaja.

Semalam, Khairul Aming menerusi thread di Twitter mendedahkan kelemahan yang dihadapi di sebalik jualan sambal penyet beliau yang pertama. Beliau turut meminta pandangan dan feedback dari pembelinya yang telah mendapatkan sambal penyet tersebut. Jom ikuti thread di bawah ini.

Bila stok & pesanan terlalu banyak, proses bungkus parcel jadi ‘jammed’

Belum cukup mahir dengan sistem Shopee

Ambil masa lama untuk bungkus parcel

Perlu bantuan mesin supaya proses memasak lebih cepat

Tempat pengurusan stok

Ada pihak yang mengambil kesempatan

Akan kemas kini jadual pengurusan produk supaya lebih efisien

Khairul Aming juga mengucapkan terima kasih kepada pembeli dan juga bersedia menerima sebarang maklum balas dan penambahbaikan daripada pembeli untuk memperbaiki kualiti produk sambalnya itu.

Warganet turut ‘kagum’ dengan pendedahan Khairul Aming ini

https://twitter.com/nadzirahhussin/status/1350609972208386048

Sumber: Khairul Aming

tags: |