Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sempena Raya Haji, Khairul Aming Kongsi Resipi Gulai Daging Cara Istimewa! Jom Buat Bersama!

Sempena Raya Haji, Khairul Aming Kongsi Resipi Gulai Daging Cara Istimewa! Jom Buat Bersama!

Kategori: ,
Gulai Daging

“Hey Wassap Gais!”

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang suka makan memang biasa dengar ayat tu kan? Itulah ayat trademark Khairul Aming jika berkongsi video resepinya dengan netizen di media sosial.

Terakhir kali mendengarnya adalah sewaktu akhir Ramadan lalu. Jadi, pada hari ini Khairul Aming muncul kembali dengan resepi gulai daging Raya haji yang istimewa dan pekat melikat.

Gulai daging dan Raya Haji juga adalah hal yang tak boleh dipisahkan, kan? Boleh cuba! Ini edisi raya haji pada tahun 2022. Boleh lah cuba buat untuk tahun ini pula.

Sempena Raya Haji, Khairul Aming Kongsi Resipi Gulai Daging Cara Istimewa! Jom Buat Bersama!

Bahan-Bahan:

  • 1 kilogram daging rusuk
  • air secukupnya
  • rempah 4 sekawan
  • 1-2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 sudu serbuk kari Bestari
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 sudu gula
  • 1 kota kecil santan
  • terung

Cara Penyediaan:

  1. Rebus 1 kilo tulang ruduk daging.
  2. Letakkan garam, rebus selama satu jam setengah (bagi daging empuk).
  3. Selepas daging empuk, letak tepi dahulu.
  4. Lalu, tumiskan 4 sekawan dan masukkan 1 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih dan halia sebesar ibu jari.
  5. Untuk Raya Haji ni, Khairul Aming menggunakan serbuk kari jenama Bestari. Sebelum ini, jika penyediaan lauk goreng Khairul Aming menggunakan tepung Bestari. Dan untuk masakan kari kali ini, Bestarai telah mengeluarkan produk baharu dan boleh dapatkan ia segera!
  6. 4 sudu rempah kari dan tambahkan 1 sudu serbuk cili.
  7. Dan, masukkkan air rebusan daging tadi dan kacau sampai ia pecaah minyak.
  8. Lepastu, masukkan daging dan tambah baik bagi dia berkuah dan letak sedikit gula untuk mencukupkan rasa.
  9. Garam tak letak sebab air rebusan daging tadi sudah ada garam.
  10. Tambahkan satu kotak kecil santan bagi dia pekat, cantik dan elok.
  11. Akhir sekali, tambahkan sayur, Khairul Aming letak terung dan sidap dihidang makan panas-panas!
  12. Selamat mencuba!

Gulai Daging Gulai Daging Gulai Daging

Senang dan ringkas bukan gulai daging ni? Bolehlah cuba dan rujuk resepi serta video yang disediakan.

Sumber: Khairul Aming

Baca juga: Resepi Dan Cara Buat Nasi Impit Lembut Serta Tidak Mudah Basi! Senang, Harus Cuba!

tags: | |