Melihat kepada penjualan Dendeng Nyet Berapi yang mendapat sambutan hangat luar biasa, Khairul Aming akan restock kembali untuk sesi penjualan produk keduanya di laman Shopee pula.
Ia mencatat rekod sebanyak 80,000 unit dalam tempoh masa 3 minit 39 saat dan mencatat angka jualan hingga RM1 juta.
Dalam satu hantaran terbaru Khairul Aming, dia berkongsi kejayaan disebalik pelancaran produk berkenaan. Katanya semasa pelancaran tersebut, ada empat rekod yang berjaya dipecahkan dalam sejarah TikTokShop Malaysia.
“Yang pertama, jualan RM1 juta terpantas di TikTokShop Malaysia selama 3 minit 39 saat.
“Rekod kedua adalah melalui peak views tertinggi di TikTokShop Malaysia iaitu seramai 222,8000 dalam satu masa manakala rekod ketiga pula mendapat rekod tontonan keseluruhan tertinggi iaitu sebanyak 3.4 juta.
“Rekod keempat pula dicatatkan menerusi Clickthrough Rate (CTR) tertinggi di TikTokShop Malaysia dengan ccatatan melebihi 400%,” katanya.
Khairul Aming juga berkongsikan pemilihan latar bagi sesi siaran langsung pada malam itu yang dipuji ramai. katanya, pemilihan warna hitam adalah untuk menyerlahkan produk Dendeng Nyet dan memudahkan komen daripada orang ramai dapat dibaca.
@khairulaming Ini post morterm batch pertama Dendeng Nyet Berapi bermula dari launching, shipping sehingga ke feedback dari customers. Ada 4 rekod yang kita pecahkan semasa launching tersebut dan alhamdulillah review yang kita dapat jauh lagi positive dari review Sambal Nyet semasa launching dahulu. Tapi ada juga constructive feedback yang kita dah kumpul and perlu perbaiki untuk batch dendeng yang seterusnya. Terima kepada anda semua yang menyokong Dendeng Nyet Berapi, tak lama lagi kita akan mulakan restock! 😁
@khairulamingIni post morterm batch pertama Dendeng Nyet Berapi bermula dari launching, shipping sehingga ke feedback dari customers. Ada 4 rekod yang kita pecahkan semasa launching tersebut dan alhamdulillah review yang kita dapat jauh lagi positive dari review Sambal Nyet semasa launching dahulu. Tapi ada juga constructive feedback yang kita dah kumpul and perlu perbaiki untuk batch dendeng yang seterusnya. Terima kepada anda semua yang menyokong Dendeng Nyet Berapi, tak lama lagi kita akan mulakan restock! 😁♬ original sound – Khairulaming
Dalam pada itu, Khairul Aming juga berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh pembeli mengenai kualiti produk berkenaan. Selain daripada itu, dia juga mengambil maklum komen dari pembeli yang inginkan perubahan dari segi tekstur, rasa dan pembungkusan.
Bagi yang ketinggalan mendapatkan Dendeng Nyet Berapi semasa pelancaran lalu, Khairul Aming mengumumkan 35,000 unit akan dijual di Shopee pada jam 9 malam esok.
“Thank you very much guys for your support. 35,000 unit dendeng akan restock di Shopee jam 9 malam esok,” katanya.
Sumber: Khairul Aming
Baca juga: Orang Ramai Terpukau Tengok Peniaga Bancuh Susu Pekat Manis Dengan Air F&N, Lain Orang Lain Selera..