Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Berkat KhairulAming Bantu Promosi, Kedai Nasi Berlauk Malam di Kelantan Laris Diserbu Pembeli Hingga Kena Tambah Pekerja

Berkat KhairulAming Bantu Promosi, Kedai Nasi Berlauk Malam di Kelantan Laris Diserbu Pembeli Hingga Kena Tambah Pekerja

Kategori: ,
Khairulaming Bantu Promosi

Pada era digital masa kini, promosi melalui media sosial telah menjadi salah satu alat pemasaran yang paling berkesan, terutamanya bagi perniagaan kecil dan sederhana.

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial yang juga merupakan usahawan berjaya itu tidak lokek untuk membantu perniagaan orang ramai. Lagi-lagi bila Khairul Aming yang review, memang ramai yang suka lah!

Terbaru, Khairul Amin Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Khairulaming mendapat perhatian pengikut di laman Tiktok miliknya selepas berkongsi tentang sebuah kedai makan di Kelantan.

Penangan Khairul Aming Bantu Promosi, Gerai Nasi Berlauk Malam di Kelantan Laris Diserbu Pembeli

Kedai Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis di Kelantan mengalami lonjakan pelanggan yang luar biasa selepas Khairulaming bantu promosi.

Khairulaming Bantu Promosi

Menerusi video yang tular itu, Khairulaming menyatakan dia tidak membuat “paid review” malah lebih kepada membantu promosikan kedai makan secara percuma.

Dalam perkongsian tersebut memaparkan pelbagai  hidangan yang disediakan oleh kedai ini, termasuk pelbagai jenis lauk seperti ikan bengkak, gulai daging dan lauk pauk Kelantan yang lain.

Khairulaming Bantu Promosi

Kedai makan itu kini menjadi tumpuan ramai, sehingga pemilik terpaksa menambah pekerja bagi memenuhi permintaan yang meningkat.

Hal ini menyebabkan, pelanggan dari pelbagai kawasan datang beramai-ramai untuk merasai sendiri hidangan yang mendapat pujian tersebut.

Khairulaming Bantu Promosi

Ramai pelanggan yang datang ke gerai ini menyatakan kepuasan mereka terhadap rasa dan kualiti hidangan yang disajikan.

Dengan populariti di media sosial, Khairulaming berjaya menjadikan kedai makan Nasi Berlauk Malam itu laris diserbu pelanggan setiap malam.

Sumber: Khairulaming

Baca juga: “Goreng Ikan, Buat Cara Ni..”, Resipi Viral Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api, Makan Dengan Nasi Putih Pun Bertambah!

tags: | |