Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Khairulaming Kongsi Kisah Pahit Manis Sebelum Berjaya, Ini Perjalanannya Sebelum Menjadi Pengusaha Sambal Nyet Terkenal

Khairulaming Kongsi Kisah Pahit Manis Sebelum Berjaya, Ini Perjalanannya Sebelum Menjadi Pengusaha Sambal Nyet Terkenal

Kategori:
Khairulaming kongsi kisah pahit manis

Kejayaan tidak datang bergolek. Ia harus disusuli dengan usaha dan azam yang nekad untuk membolehkan seseorang berjaya mencapai apa yang dihajati dan semua itu atas dasar kesabaran menjalani proses kehidupan.

Berkali-kali jatuh dan berkali-kali bangkit, itulah pengalaman yang dihadapi oleh seorang personaliti media sosial, Khairulaming yang juga merupakan peniaga sambal dan food content creator yang cukup terkenal hari ini.

Khairulaming Kongsi Kisah Pahit Manis Sebelum Berjaya, Dari Seorang Jurutera Jadi Penjual Sambal Terkenal

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

Kejayaan yang diperoleh bukanlah satu hal yang mudah seperti dilihat orang ramai. Ada sifat kesabaran dan ketabahan yang diperlukannya demi meraih apa yang dinikmatinya sekarang.

Bermula dengan pengajian di Sekolah Menengah Ismail Petra, Kota Bharu Kelantan, dia telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke universiti Amerika Syarikat pada awal 20 tahun.

Pada umur 21 tahun, dia telah mengumpul duitnya sendiri untuk membeli kamera DSLR yang pertama bagi mempelajari ilmu sebagai photographer dan videographer. Dia juga telah graduate pada umur 22 tahun dalam bidang Major Mechanical Engineering (Minor Science Engineering).

“Aku graduate dengan CGPA 3.75 dan dapat anugerah dekan untuk semua semester. Pada umur 23 aku pulang ke tanah air dan dapat bekerja dalam bidang oil and gas. Kerja pertama aku sebagai rotating engineerr dan tukar kepada piping engineer.

Umur 21 Tahun, Kumpul Duit Sendiri Dan Beli DSLR Belajar Dunia Videografi

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

“Bila masuk umur 24, aku keluar dari dunia engineering dan masuk ke dunia logistik. Dekat sinilah banyak aku belajar pasal business including cara nak blending minyak import eksport ke serata dunia,” katanya dalam kisah Khairulaming kongsi kisah pahit manis pengalamannnya dari umur 20 ke umur 30 sempena mengingati hari kelahirannya, semalam.

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

Bermula umur 25, dia mencuba nasib untuk mendapatkan wang sampingan (side income) dengan jual healthy meal, baju-baju, buat servis resume template dan kesemuanya gagal.

“Semua gagal, so baik aku buat video masak je. Jadi aku setup photoshoot punya booth kecil ni guna besi almari baju aku. Dan lepastu buat video masak dan upload dekat channel Facebook yang dinamakan Rasapop.

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

“Pada umur 26, channel Rasapop tu meletup sampai setengah juta followers. Dan aku decide untuk jual produk sendiri. So hari-hari balik kerja aku balik naik LRT pergi Kampung Baru, beli botol, beli lada. Aku buat R&D siapkan sambal and jual. Aku ingatkan berjaya, rupanya tak. Semua gagal dan semua saving aku hilang,” ceritanya panjang.

Buat Channel Rasapop, Jual Sambal Pertama,  Gagal Dan Berkali-Kali Jatuh

Khairulaming kongsi kisah pahit manis Khairulaming kongsi kisah pahit manis

Dalam kegagalan itu, pada umur 27 dia harus memulakan kembali semuanya daripada kosong. Pada umur ini, dia bukan lagi tampil di belakang sebagai Rasapop, Khairulaming tampil ke depan sebagai dirinya sendiri.

“Follower aku daripada beratus kepada berjuta sampai aku rasa excited tapi dalam masa yang sama rasa macam privacy tu makin kurang hari demi hari,” luahnya.

Antara titik perubahan yang diingatinya adalah pada umur 28 kerana dia kehilangan insan tercinta iaitu ayahnya dan cuba usaha untuk bangkit kembali.

“Pada umur 28, hidup aku berubah lagi sekali sebab aku ingat kejayaan yang ada di aku boleh ubah hidup keluarga aku, hidup ayah aku. Tapi umur dia tak panjang, so kami berpisah dekat sini sahaja.

“Jadi aku pun ambil keputusan untuk keluar daripada oil and gas. Jadi berbekalkan dengan platfrom yang ada dan saving sedikit, aku decide untuk ambil langkah berani, go all out and ubah nasib family.

Umur 28, Ayah Meninggal & Resign Dari Bidang Oil & Gas

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

“Selepas harungi 10 tahun yang penuh dengan cabaran, semua tu aku sangat bersyukur dengan pengalaman dan kejayaan yang ada sebab aku bukan kongsi dekat aku sorang, aku kongsi dekat semua orang keliling aku.

“Sekarang sambal nyet ada 2 kilang, kilang satu lagi tinggal sedikit lagi renovation. Terima kasih semua menjadi sebahagian daripada perjalanan ini dan terima kasih kepada diri sendiri yang tidak pernah putus asa,” luah Khairulaming kongsi kisah pahit manis yang dilaluinya sebelum menempa nama.

Bangkit Kembali, Sekarang Ada 2 Kilang Sambal Nyet & Pernah Untung Sampai 7 Juta Jual Sambal

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

Dengan cerita Khairulaming kongsi kisah pahit manis menjual sambal nyet dan berbekalkan usaha penat lelahnya dari umur setahun jagung, kita tahu kejayaan tidak mudah dan harus ada azam.

Khairulaming kongsi kisah pahit manis

Dia mampu menjana pendapatan sehingga RM7 juta dengan menjual sambal. Mungkin, ramai yang hanya memfokuskan kejayaannya di depan mata dan mengabaikan bagaimana susahnya dia mencapai kejayaan sekarang.

Kerana itu, percayalah hidup adalah satu proses dan jalan cerita kita tidak akan pernah sama dengan orang lain. Percaya kepada jalan yang ditempuh, letak kepercayaan kepada Tuhan dan berbuat baik sesama manusia dan insan lain. Pasti ada sinar yang cerah di hadapan.

Sumber: Khairul Aming

Baca juga: Netizen Kagum Dengan Cara Restoran Nasi Ayam Mafia Layan Pelanggan, Macam Ni Baru Betul Meniaga

tags: | | |