Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Kenapa Pakar Sering Sarankan Ubi Keledek Dalam Makanan Bayi? Ini 5 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!

Kenapa Pakar Sering Sarankan Ubi Keledek Dalam Makanan Bayi? Ini 5 Sebab Yang Wajib Anda Tahu!

Kategori:
khasiat ubi keledek untuk bayi

Ubi keledek merupakan antara makanan yang mudah untuk didapatkan. Selain daripada ditanam sendiri, ianya juga banyak dijual ditepi jalan, pasaraya dan lain-lain. Kebiasaannya rasa ubi keledek ini manis dan ia sangat kaya dengan pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

Selain dari direbus, dicampurkan ke dalam sayuran ubi ini juga memang biasa dijadikan makanan untuk bayi. Mungkin kerana rasanya yang manis semulajadi dan berlemak membuatkan bayi mudah menerimanya sebagai makanan pertama.

Namun pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah khasiat ubi keledek ini sehinggakan ramai pakar menyarankan untuk diberi kepada bayi. Jom kita ketahui beberapa khasiat keledek ini untuk bayi

5 Khasiat Ubi Keledek Untuk Bayi Anda!

1. Mempunyai karbohidrat yang tinggi

Keledek mempunyai karbohidrat yang tinggi namun rendah lemak dan kolestral. Jadi bagi bayi yang kurang berat badan amat sesuai makan ubi keledek ini kerana ia membantu meningkatkan berat badan bayi secara sihat.

2. Mengandungi vitamin C yang berguna

Selain oren, keledek juga mempunyai kandungan vitamin C yang berguna kepada bayi. Vitamin C dalam ubi keledek ini mempunyai ciri antioksidan yang mana dapat membantu menguatkan pertahanan badan. Vitamin C ini juga boleh melindungi tubuh si kecil daripada jangkitan dan penyakit.

3. Mengandungi beta karoten

Selain vitamin C, ubi keledek juga memiliki kandungi beta karoten semulajadi yang tiggi. Beta karoten ini dapat membantu tubuh memproduksikan vitamin A. Vitamin A ini dapat membantu meningkatkan fungsi badan dengan lebih efisyen terutamanya dalam kesihatan mata.

4. Melancarkan pencernaan bayi

Ubi keledek ini juga turut mengandungi kandungan fiber atau serat yang tinggi. Jadi secara automatik ia dapat membantu melancarkan pencernaan bayi. Terutamanya dalam beberapa hari pertama kita memperkenalkan makanan kepada bayi kita yang baru mencecah usia 6 bulan.

5. Sangat kaya dengan mineral

Ubi keledek ini juga kaya dengan kandungan mineral tau. Antara kandungan mineral dalam keledek ini adalah vitamin D, B1, B6 dan B9 serta zat besi yang memastikan metabolisme yang sihat buat tubuh. Kesemua mineral ini dapat meningkatkan pembinaan tulang dan gigi bayi serta meningkatkan kesihatan jantung bayi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga : Belum Buat Lagi Dah Tahu Sedap, Wanita Ini Bocorkan Resepi Cek Mek Molep Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

tags: |