Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kieda Crepe Pertahan Maruah Dengan Ambil Tindakan Undang-Undang, Tidak Mahu Lagi Orang Perlekeh Perniagaannya

Kieda Crepe Pertahan Maruah Dengan Ambil Tindakan Undang-Undang, Tidak Mahu Lagi Orang Perlekeh Perniagaannya

Kategori: ,

Usahawan Kieda Crepe atau nama penuhnya Siti Nur Khalieda Yusra menjadi perhatian warganet setelah terdapat individu tidak bertanggugjawab didakwa cuba menjatuhkan perniagaannya.

Kieda Crepe Pertahan Maruah Dengan Ambil Tindakan Undang-Undang, Tidak Mahu Lagi Orang Perlekeh Perniagaannya

Menerusi hantaran di TikTok, memperlihatkan Kieda Crepe bertemu dengan seorang peguam untuk mengambil tindakan lanjut setelah maruahnya diperlekehkan.

“Langkah seterusnya bila maruah @KiedaCrepeHouse sentiasa diperlekehkan.

“Dah lama Kieda diam, dah lama biar orang kacau mental Kieda. Kalau orang lain jadi saya silap-silap lebih dari maki buat.
“Tapi saya masih waras, takkan maki saja sekali peguam kita jalan. Jangan permainkan maruah kedai aku, hasut menghasut orang untuk membenci Kieda dijadikan hobi,” kata Kieda pada Sabtu.

Dalam pada itu, Kieda memberitahu kejayaan yang dimiliki sekarang bukan satu perjalanan yang mudah dan meluahkan rasa kecewa melihat terdapat segelintir manusia cuba menjatuhkannya.

Kieda Crepe Sentiasa Support Vendor Untuk Bantu Orang Ramai

“Mengapa buka tapak untuk orang terus mengecam aku sedangkan aku sekali tak pernah usik perniagaan orang.
“Kieda Crepe House tak semudah sembang aku penaikkan. Support vendor dalam Malaysia tiada siapa yang buat selain kedai Kieda Crepe House. Semoga urusan Kieda untuk langkah seterusnya dipermudahkan,” katanya.

Difahamkan, Kieda memulakan sistem ‘support vendor’ di kedainya yang memerlukan orang ramai membeli barangan vendor sebelum membeli produknya iaitu menu popular crepe.

Susulan itu, terdapat netizen yang mengkritiknya kerana mereka perlu menghabiskan sejumlah duit terlebih dahulu bagi mendapatkan produk utama.

Sumber: Kieda Crepe

Baca juga: Kari Ayam Dinobatkan Stew Terbaik Dunia, Jadi Kebanggaan Rakyat Malaysia

tags: | |