Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

“Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

Kategori:
peniaga buah kini pasar malam

Siapa yang berusaha pasti akan berjaya. Ayat tersebut sering kali menjadi penguat semangat untuk kebanyakan daripada kita. Bukan sahaja sesuai untuk para pelajar namun untuk para peniaga juga boleh digunakan.

Lihat sahaja hari ini, berapa ramai yang mampu mencapai kejayaan kerana berusaha dan berjuang. Sanggup tidak tidur malam dan hanya beberapa jam sahaja masa yang ada untuk tidur. Itulah antara rutin yang sering dilakukan oleh para peniaga sehingga berjaya. Mengantuk, penat, sakit tidak dihiraukan demi satu tujuan. Akhirnya, usaha gigih dan pengorbanan selama ini membuahkan hasil yang lumayan.

“Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

Itulah antara yang dilalui oleh peniaga buah di pasar malam yang dikenali dengan nama ini Bangpit. Beberapa tahun yang lepas, dia hanyalah peniaga pasar malam sahaja. Namun berkat usaha kerasnya, kini dia mampu membuka kedai buah sendiri yang lebih besar.

Pada mulanya, Bangpit mengambil keputusan berhenti kerja di Petronas dan pulang ke Penang bagi meneruskan legasi abahnya sebagai peniaga buah di Pasar Malam. Diteruskan perniagaan tersebut dengan baik sekali, siang malam tanpa mengira waktu. Malah dia juga sanggup berjauhan dengan isteri dan anaknya yang berada di Kuala Lumpur selama 4 tahun.

Selain berniaga di Pasar Malam, Bangpit juga mengambil peluang untuk berniaga di jalanan di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun hujan panas, dia bersama adik beradiknya serta kawan kepada adik-adiknya tetap redah dan hadap.

Walau ada yang hina, Bangpit tetap kuat dan percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah SWT. Akhirnya pada awal tahun 2020, sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakkan dan Pasar Malam tidak beroperasi, Bangpit mengambil keputusan untuk membuka kedai buah.

Kejayaan demi kejayaan yang Bangpit dapat capai. Sehinggalah dia pun berjaya memujuk isterinya bersama-sama kerja dengannya. Walaupun pelbagai keperitan terpaksa ditempuh namun dia berjaya mengharunginya. Usahanya membuahkan hasil, Pak Teh buah atau Pak Teh Fruits kini dikenali ramai.

Seronok tengok dan tumpang gembira..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Selain ramai yang mengucapkan tahniah dan rasa syukur, Kak Yati merupakan founder Sendayu Tinggi  juga turut  meninggalkan komen menyatakan, seronok tengok kejayaan yang dicapai oleh Bangpit ini.

“Tahniah! Alhamdulillah. Seronok tengok dan tumpang gembira. Sentiasa fokus dengan apa yang kita usahakan dari awal”, tulis Noor Hayati Kamarzaman.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis, hebat orang Melayu kita dan sempat juga mendoakan peniaga buah ini agar dipermudahkan segala urusan. “Hebat orang Melayu kita, semoga dipermudahkan segala urusan”, tulis ALPACINO898

Usaha tidak mengkhianati hasil. Tahniah kami ucapkan kepada peniaga buah-Bangpit kerana berjaya sampai ke tahap ini. Satu usaha yang cukup hebat dan bagus, dari Pasar Malam kini kepada Kedai sendiri yang cukup cantik. Semoga selepas ini perniagaan yang diwarisi oleh ayahnya itu terus maju dan berjaya, begitu juga buat anda semua di luar sana.

Sumber: TikTok PakTeh Fruits

Baca juga: “Sedih Tengok..” Ingin Pergi Umrah, Pakcik Ini Gigih Berniaga Ikan Masin Depan Pasaraya

tags: | | |