Pernah dengar kata-kata “Siapa yang berusaha, pasti akan berjaya”, kejayaan tidak akan datang bergolek namun dengan usahalah kita mampu mencapai kejayaan. Pastinya, setiap orang memiliki harapan dan keinginan masing-masing.
Tidak kira sama ada keinginan tersebut kecil mahupun besar, tetaplah berusaha sedaya mungkin. Jangan toleh ke belakang lagi. Tetapkan hati dan tunjukkan korang juga mampu berjaya. Seperti mana yang dikongsikan oleh pemilik Syukor Burger ini.
Siapa sangka, seorang anak muda Melayu Islam, Syukor Majid mampu berjaya seperti jenama antarabangsa yang lain. Pernah diperlekehkan usahanya yang ingin membuka drive thru namun dia langsung tidak pedulikan.
Tidak marah mahupun kecil hati namun dia jadikan setiap ayat kecaman tersebut sebagai pembakar semangat untuk terus menggapai impiannya. Bukan sekadar melukis impian di kepala dan melakar cita-cita di langit namun Syukor berusaha semampu boleh.
Kini, segala usaha dan jerih perihnya membuahkan hasil apabila sebuah restoran besar Syukor Burger berserta drive thru berjaya dibangunkan di Johor Bharu. Siapa sangka kan kini dia mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa perniagaan anak mudah Melayu Islam juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa yang lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Syukor Majid menerusi akaun TikToknya memaparkan restoran drive thru miliknya kini sedang berada di proses akhir persiapan dan bakal berlangsung tidak lama lagi.
@syukormajid #syukorburger lahir pada pukul 4 pagi, 31 Disember 2021. 🥰
@syukormajid #syukorburger ♬ original sound – soladotco
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang teruja dan bangga akan kejayaan Syukor ini namun ada yang menulis, dia dapat merasakan vibe positif dari Syukor. Turut menyatakan, kami sentiasa ada untuk bersama.
“Dapat rasa vibe positif bang. Kami sentiasa ada untuk bersama”, tulis amirulazmi di ruangan komen.
Ada juga yang sempat berkongsi cerita, di mana dia berasa seronok apabila kedai yang dikunjungi adalah kedai syarikat orang Malaysia dan Melayu Islam. ” Semalam p makan dekat cawangan bertam. Masa nak bayar tu, rasa seronok sebab tahu syarikat orang Malaysia dan Melayu Islam” – Izzudin ceo Tiffany Baby.
Manakalah, pengguna TikTok Kasa Pinang turut meninggalkan beberapa nasihat, ” jaga kualiti, pelbagaikan menu, ada kopi sekali, team management kena bagus. Termasuk jaga kebersihan premis dan tandas..insyaAllah. Semoga tuan berjaya”.
Sekadar makluman, Syukor mula mendapat idea untuk membuka perniagaannya sekitar Disember 2021. Niatnya pada ketika itu hanya untuk membantu mereka yang tersepit kerana penggangguran naik mendadak akibat pandemik Covid.
Ilham yang datang secara tiba-tiba pada pukul 4 pagi itu mampu membantu orang ramai dan kini Syukor Burger sudah mampu dikenali ramai. Sebelum ini, perniagaan anak Melayu Islam ini pernah mencipta fenomena apabila apabila hasil jualannya terjual 1 juta biji pada Ogos 2021 yang lalu.
Syukor juga turut meminta doa orang ramai agar Syukor Burger terus terbang. Semoga korang terus memberikan sokongan yang padu kepada Syukor Burger. Semoga terus madu dan berjaya!
Sumber: TikTok Syukor Majid
Baca juga: Jual Mee Goreng Harga 50 Sen Sepinggan? Kuantiti Pun Banyak, Lelaki Ini Buat Ramai Tak Percaya