Air batu antara bahan yang selalu menjadi permintaan tinggi lagi-lagi ketika menyambut mana-mana perayaan.
Ia juga menjadi bahan yang wajib jika mengadakan mana-mana majlis ataupun menjadi satu keperluan bahan dapur yang perlu ada di rumah.
Ramai yang sanggup memborong berbeg-beg air batu untuk dijadikan stok, lebih-lebih lagi dalam keadaaan cuaca panas yang sudah sinonim dengan Malaysia buat masa ini.
Ia boleh didapati di mana-mana kedai runcit atau pun pasar raya terdekat. Tetapi melihat kepada waktu operasi perniagaan yang singkat dan bukan 24 jam, kemunculan kiosk ais 24 jam mendapat perhatian ramai.
Terbaharu, tular satu video yang dimuatnaik di Instagram @nasiayammakchili memaparkan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Isaac Othman berkongsi tempat membeli air batu dari sebuah kiosk ais 24 jam – layan diri.
Apa yang menjadi perhatian, kiosk itu seperti ‘mini gudang’ air batu yang disediakan di kawasan awam.
Menurut Isaac, kiosk ini dibuka setiap hari 24 jam dan terletak di Sentul.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu tercari-cari ais batu jika tiada pada waktu malam khususnya di musim perayaan.
Video berkenaan menunjukkan timbunan ais batu yang ada di dalamnya. (Video penuh di sini)
Jika melihat kepada kaedah pembelian pula, ia tidak terlalu rumit kerana menggunakan perkhidmatan layan diri. Panduan pembelian juga telah disediakan di kiosks berkenaan.
Sumber: Instagram @nasiayammakchili