Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ingatkan Pelik, Ada Juga Macam Tu..”, Ini Kisah Disebalik Karipap 100 Peratus Oksigen, Rupanya..

“Ingatkan Pelik, Ada Juga Macam Tu..”, Ini Kisah Disebalik Karipap 100 Peratus Oksigen, Rupanya..

Kategori:
karipap 100 peratus oksigen

Biasanya, karipap dijual dengan pelbagai inti yang berbeza. Ada yang inti kentang, sardin mahupun inti telur. Ia adalah salah satu kuih yang boleh dikatakan menjadi kegemaran ramai dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Lebih-lebih lagi, apabila ia dibeli untuk sarapan pagi sebelum ke kerja. Memang boleh kenyang. Tetapi, karipap juga menjadi antara kuih yang selalu mendapat hantaran buruk di media sosial apabila ada segelintir peniaga yang hanya meletakkan sedikit sahaja inti ke dalamnya. Ia popular dipanggil karipap inti oksigen.

“Ingatkan Pelik, Ada Juga Macam Tu..”, Ini Kisah Disebalik Karipap 100 Peratus Oksigen, Rupanya..

Menyebut hal karipap inti oksigen, satu hantaran di TikTok berkenaan kuih itu mendapat perhatian orang ramai. Jika tidak membaca keterangan video, akan ada yang ingatkan itu karipap yang sememangnya inti kosong ditipu peniaga.

karipap 100 peratus oksigen

Tetapi, hal yang berbeza berlaku kepada CEO of Qaripop Bunda di TikTok apabila dia mendapat pesanan daripada pelanggannya mengatakan dia mahukan karipap 100 peratus oksigen. Nampak pelik, tetapi hal ini memang terjadi. Ada sesetengah orang yang hanya suka makan luaran sahaja. Isinya memang tak sentuh.

Mungkin, kulit karipap nya dibuat Ifah Khairudin itu rangup dan sedap intinya. Sebab itulah ada yang meminta pesanan seperti itu. Kata pelanggan terbabit, dia memang suka akan kulit karipap yang dibuat oleh Qaripop Bunda tersebut.

“Tak nak inti langsung. Takpa kak, dekat rumah memang ada peminat kulit karipap akak,” kata pelanggan terbabit.

karipap 100 peratus oksigen

@ifahkhairudin Kulit karipap “special” 💛💛  #qaripopbundaHQ #qaripopbunda #qaripopbundaNilai #qaripopbundaJB #qaripopbundaMelakaTengah#qaripopbundaAmpang #qaripopbundaPJ #homebasedfood #homemade #frozen #frozenfoodmelaka #karipap #daging #ayam #mompreneur #jasin #melaka#food #foodie #foodtiktok #myfoodie ♬ original sound – Nuha Bahrin

Meninjau komen netizen, ramai juga rupanya yang suka akan karipap 100 peratus oksigen tanpa inti ini. Ada yang menjadikan ia sebagai kuih untuk dicicah bersama sesuatu yang berkuah seperti gulai misalnya.

“Saya ada kawan suka makan kulit karipap. Ingatkan pelik, Rupanya memang ada ya gitu,” kata Mr Elmi memberi komen berkenaan karipap 100 peratus oksigen berkenaan.

Selain itu, ada juga iibu-ibu yang berkongsi kisah bahawa anak-anak mereka memang suka karipap yang tiada inti sebegini.

“Boleh lah order kat anak-anak lepas ni. Takda la mak nya asyikkan kena habiskan inti. Kulit anak ngap!” ceritanya di ruangan komen.

“Anak-Anak Memang Suka Makan Macam Ni..”

karipap 100 peratus oksigen

Wah! Memang ada ya yang suka karipap inti oksigen 100 peratus ini. Ramai yang cakap sedap kalau cicah dengan kuah. Kepada yang rasa nak cuba tu bolehlah tempah.

Sumber: ifahkhairudin

Baca juga: “Kucing Dalam TikTok Bijak”, Kucing Viral Peluk Apollo, Ramai Netizen Geram Dengan Kecomelan Mukanya

tags: | |