Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kisah Inspirasi Lelaki OKU Berjaya Buka Kedai Western, Simpan Resipi Sos Lada Hitam Selama 20 Tahun Membuahkan Hasil

Kisah Inspirasi Lelaki OKU Berjaya Buka Kedai Western, Simpan Resipi Sos Lada Hitam Selama 20 Tahun Membuahkan Hasil

Kategori:
OKU berjaya buka kedai western

Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Seperti kisah seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) sejak 25 tahun lalu, kegigihannya dalam kehidupan membuktikan dia mampu berjaya apabila dapat membuka sebuah restoran makanan barat (western).

Kisah Inspirasi Lelaki OKU Berjaya Buka Kedai Western, Simpan Resipi Sos Lada Hitam Selama 20 Tahun Membuahkan Hasil

OKU berjaya buka kedai western

Menurut portal mStar, dia yang bernama Abdulllah Affandi Md Yusop, 42 dan mesra disapa Onedha berkata, kekurangan pada dirinya sama sekali tidak mematahkan semangat untuk membuka makanan western iaitu Lempqq Western Cafe Sayang di Penaga, Pulau Pinang.

“Dah lama saya kemalangan, dah 25 tahun. Waktu tu saya naik motor nak pergi beli makanan adik-adik. Nasib tak baik, sayya kemalangann dengan lori di Sungai Petani.

“Mula tahun 2022 dan berniaga seorang sahaja sebab waktu tu takk ada pekerja lagi. Kalau tak silap dalam dua minggu juga saya uruskan kedai seorang diri.

“Alhamdulillah sekarang dah ada 6 pekerja. Mereka yang banyak bantu bahagian hidang dan hantar makanan kepada pelanggan,” ujarnya kepada mStar.

OKU berjaya buka kedai western

Tambahnya, dia memberitahu resipi sos lada hitam yang dicecah bersama ayam pannggang, stik kambinng dan stik daging menjadi pilihan utama pelanggan sehingga hari ini.

“Rasanya dah 20 tahun saya guna resipi sos lada hitam tu. Sebelum di selalu buat untuk makan keluarga sahaja dan sekarang baru untuk berniaga.

OKU berjaya buka kedai western OKU berjaya buka kedai western

“Alhamdulillah purata sehari dalam 350 pinggan. Menu makanan di kedai saya iaitu stik kambing, stik daging, ayam panggang dan spageti kuah campur. Pelanggan yang datang pun dari jauh seperti Melaka, Johor, Perak dan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Purata Laku Dalam 350 Pinggan Sehari, Ramai Pelanggan Datang Jauh Sanggup Cuba Masakannya

OKU berjaya buka kedai western

Menurutnya, keluarga adalah orang-orang yang memberi dokongan penuh untuk dia terus maju kehadapan. Misalnya, kakaknya memberi rumah kosong kepunyaann dia dan menyuruh dia membuka kedai di sana.

Dalam pada itu, Onedha berkongsi dia pernah dijemput oleh seorang ahli perniagaan yang bergelar Datin Seri, untuk memasak ayam panggang, kambing panggang dan stik di rumah persinggahannya di Pulau Pinang.

“Alhamdulillah dia cakap puas hati dan kalau ada rezeki dia nak minta saya untuk masak lagi masakan makanan barat di rumahnya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kekurangan pada diri seorang OKU menguatkan dirinya untuk teruk melonjak dan melompat dengan lebih tinggi.

Sumber: mStar

Baca juga: Minah Salleh Makan Durian Bersama Kopi Espresso Tarik Perhatian Ramai, Netizen Malaysia Cakap Itu Gandingan ‘Panas’

tags: |