Kalau teringat pada zaman dulu kala, kisah bawang merah bawang putih banyak memberi pengajaran kepada semua rakyat melayu. Terutamanya pembalasan kepada ibu tiri dan kakak tiri bawang putih selepas membuatnya terseksa dengan kehidupannya.
Di dalam cerita tersebut, menggambarkan kisah bawang putih memberi makan kepada ikan kaloi. Lagenda mengatakan bahawa ikan tersebut telah bertukar jasad kepada ikan kaloi kerana ibunya terjatuh di dalam perigi tersebut.
Tapi lain pula dengan kisah wanita ini, ikan belacak yang dipanggil Mak Kundur.
Video ini meraih ramai perhatian daripada netizen kerana mengenangkan kembali zaman dahulu kala. Perkongsian ini dikongsikan di TikTok ahsinasan, beliau memanggil ikan belacak tersebut dengan nama mak kundur.
Ramai terkejut dan terpegun dengan cara wanita ini dapat memanggil ikan belacak atau mak kundur ini, dan ikan tersebut terus datang kerana tahu wanita itu membawa makanan kepadanya.
Seperti kita tahu, nama Mak Kundur adalah nama mak tiri kepada bawang putih. Selepas mendapat penjelasan daripada wanita ini, semasa memberi makanan tersebut dia hanya teringat nama Mak Kundur. Dari situlah nama Mak Kundur terlekat sampai sekarang.
Ramai juga netizen bertanya macam mana dapat bezakan Mak Kundur dengan ikan belacak yang lain? Wanita ini memberitahu saiz mak kundur dan garis bewarna kuning di badannya lain dari ikan belacak yang lain.
Bagaimana ikan ini dapat bermesra dengan wanita ini? Ianya menjadi tanda tanya kerana kalau ikutkan sejenis ikan, susah makhluk ini untuk rapat dengan manusia.
Tapi lain pula kisah Mak Kundur ini, kenal suara wanita ini dan rapat dengannya.
@ahsinasan #hello2023 Selamat Tahun Baru daripada Mak Kundur 💕 Happy sangat dapat share video Mak Kundur di tiktok & ada yang selalu ikuti perkembangan Mak Kundur 🫶 Terima kasih tak terhingga kepada yang selalu like, komen & share video mak kundur, especially yang follow sebab suka tengok mak kundur 🙏🏻 Maaf tak dapat nak reply pertanyaan di komen satu satu, In shaa Allah ada masa nanti akan buat satu video untuk menjawab pertanyaan tentang Mak Kundur ya 💕 semoga azam tahun baru kita semua tercapai 🫶 #makkundur #belacak #glodok #tembakul #koleksivideomakkundur #fish #pet
@ahsinasan #hello2023 Selamat Tahun Baru daripada Mak Kundur 💕 Happy sangat dapat share video Mak Kundur di tiktok & ada yang selalu ikuti perkembangan Mak Kundur 🫶 Terima kasih tak terhingga kepada yang selalu like, komen & share video mak kundur, especially yang follow sebab suka tengok mak kundur 🙏🏻 Maaf tak dapat nak reply pertanyaan di komen satu satu, In shaa Allah ada masa nanti akan buat satu video untuk menjawab pertanyaan tentang Mak Kundur ya 💕 semoga azam tahun baru kita semua tercapai 🫶 #makkundur #belacak #glodok #tembakul #koleksivideomakkundur #fish #pet ♬ 2022 New Year Countdown – Deejay Sandy
Semestinya di ruangan komen ramai yang terpegun dengan video ini yang dikongsikan oleh gadis sarawak ini. Ada yang mengatakan Mak Kundur ini asalnya daripada manusia, dan ada juga mengatakan ianya Putera Raja.
“Fuhh macam dalam cerita bawang putih bawang merah”, reaksi seorang netizen yang bernama Wafi mengingatkan zaman dulu kala.
“Comel, nak buat umpan la cam ni”, gurau komen netizen Rain terhadap video ini.
“Ilmu ape awak pakai ni dik?”, tanya warganet bernama Mohd Farid Md Ali kerana jarang jarang ikan sebegini rapat dengan manusia.
Menarik kisah gadis Sarawak ini dan mendapat raih perhatian daripada semua warganet di Malaysia. Kisahnya menarik dan banyak tauladan seperti kita haruslah berbuat baik dengan semua makhluk kerana itu juga ciptaan-Nya.
Melalui kisah ini, banyak pengajaran yang kita terima bukan? Semoga Tuhan selalu merahmati kepada manusia yang sentiasa berbuat baik kepada binatang.
Kredit: ahsinasan
Baca Juga: Resepi Sambal Ikan Meletop, Menu Kesukaan Ramai. Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta