Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Sambal Ikan Meletop, Menu Kesukaan Ramai. Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Rasida by Rasida
Mei 24, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
sambal ikan meletop
0
SHARES
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Orang Malaysia sangat gemarkan sambal. Malah, macam-macam jenis sambal yang telah berjaya dihasilkan. Ia juga menjadi menu pilihan ramai ketika makan tengah hari dan makan malam.

BacaJuga

sambal ikan Thai viral

Resipi Sambal Ikan Thai Viral, Hidangan Simple Makan Dengan Nasi Panas Je Dah Sedap!

Ogos 7, 2023
35
Sambal Ikan Kering

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Ikan Kering Paling Menjadi, Tak Sangka Lebih Sedap Dari Goreng Biasa

Ogos 3, 2023
21

Teramat ringkas, di sini kami ingin berkongsi resepi sambal ikan meletop yang sangat mudah untuk disediakan. Ia telah diolah oleh Umi Watie dan dimuat naik di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah saja, jom ketahui caranya.

Resepi Sambal Ikan Meletop, Menu Kesukaan Ramai. Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Bahan-bahan

  • Ikan (ikut nak guna ikan apa pun)
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/4 inci halia (dikisar)
  • 4 sudu besar pes cili kering
  • 2 sudu besar sos tomato – guna jenama ini 
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/4 cawan air
  • Bawang merah (dihiris)
  • 1 sudu kecil gula
  • Minyak masak

Cara-caranya

  1. Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam secukupnya dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak, ketepikan.
  2. Dengan baki minyak gorengan ikan (buang sedikit kalau terlalu banyak),  guna untuk tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan pes cili kering. sambal ikan meletop
  3. Tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Selalu kacau-kacau supaya tidak hangit. Selepas itu, tambahkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. sambal ikan meletop
  4. Masukkan air. Biarkan merenih dan sambal sedikit memekat. sambal ikan meletop
  5. Bila sambal nampak dah memekat, bolehlah masukkan ikan goreng tadi. Tak perlu tambahkan garam, sebab sos tiram dan ikan goreng kita dah masin. sambal ikan meletop
  6. Tambahkan hirisan bawang merah. sambal ikan meletop
  7. Akhir sekali, letakkan gula. Kacau semua rata. Kalau kurang masin boleh tambahkan garam. Sambal ini perlu seimbang. sambal ikan meletop
  8. Gaul lagi sehingga rata kesemuanya dan siap untuk dihidangkan. sambal ikan meletop sambal ikan meletop

Akhirnya dah siap sambal ikan meletop ini. Sebenarnya tak ramai yang tahu cara nak buat sambal ikan ini. Walaupun nampak mudah tapi ada langkah-langkah dan bahan-bahan yang menjadikannya ekstra sedap. Semuanya telah dikongsikan di sini.

Selamat mencuba resepi ini dan kongsikannya!

Kredit: Umi Watie di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

5/5 (1 Review)
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Nulled WordPress Themes
free online course
download coolpad firmware
Tags: resepi sambal ikanSambal Ikansambal ikan meletop
ShareTweetSend

Related Posts

Perahkan limau semasa menghidang. 
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Ayam Bakar Tomyam, Letak Bahan-Bahan Ni Hidangan Jadi Sedap & Punya Rasa Berbeza

September 27, 2023
62
puding mangga 2 lapis
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Puding Mangga 2 Lapis Yang Berkrim, Ini Cara Buat Yang Betul Bagi Jadi. Senang & Tak Comot!

September 27, 2023
54
Bihun Lada Hitam
Masak Apa Hari Ini?

Resipi Bihun Lada Hitam Sesuai Buat Rumah Terbuka, Susah Nak Jumpa Bihun Rasa Macam Ni

September 27, 2023
49
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist