Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

Kategori: ,
kerabu petai

Rakyat Malaysia sangat gemari aneka kerabu. Terdapat macam-macam jenis untuk dicuba, sangat memuaskan hati ketika dimakan. Tapi siapa sangka petai juga boleh dijadikan kerabu?

Hantu petai wajib cuba resepi kerabu petai ini yang telah dikongsikan oleh Amy Anuar di laman Facebook. Mudah sahaja, makan hidangan ini sampai tak ingat dunia! Jom baca untuk ketahui caranya.

Sedap Sangat Sampai Lupa Diet, Wanita Ini Kongsi Resepi Kerabu Petai Yang Jadi Kesukaan Ramai

Bahan-bahan

  • Petai
  • 1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 6 hingga 8 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1 batang serai (dihiris halus dan ditumbuk)
  • Sejemput ikan bilis (ditumbuk)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Belacan (Pilihan. Tak nak pun tak mengapa)
  • Jus perahan limau kasturi (ikut rasa nak masam banyak mana)
  • Garam secukup rasa kerabu petai

Cara-caranya

  1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas yang sesuai.
  2. Masukkan perahan air limau kasturi tadi dan letakkan sedikit garam sebagai perasa.
  3. Gaul semua bahan hingga sebati.
  4. Siap untuk dihidangkan. kerabu petai kerabu petai kerabu petai

Ringkas sahaja kerabu petai ini, kan? Tak perlu buka api untuk merebus semuanya. Hanya perlu tumbuk, cincang, campur dan gaul; dah siap. Sesiapa boleh cuba. Paling sedap bila ia dimakan bersama sepinggan nasi putih. Bertambah jadinya, terus lupa diet!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Amy Anuar

Baca Juga: Tips Mudah Untuk Simpan Petai Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Lebih Jimat Dari Dibeli Selalu

tags: | | |