Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Mudah Untuk Simpan Petai Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Lebih Jimat Dari Dibeli Selalu

Tips Mudah Untuk Simpan Petai Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Lebih Jimat Dari Dibeli Selalu

Kategori: ,
Simpan Petai Supaya Tahan Lama

Sebut sahaja mengenai petai, pasti ada yang menggemarinya, ada juga yang tidak. Namun tidak dinafikan ia sangat terkenal di kalangan orang ramai, lebih-lebih lagi golongan ‘hantu petai’.

Namun seperti sayur-sayuran lain, ia akan mudah rosak jika tidak disimpan dengan elok. Untuk memastikan ia tahan lama dan kekal segar, pelbagai tips boleh dicuba. Antaranya adalah yang telah dikongsikan oleh cik Hasifah Che Mat di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Lebih mudah dan tak memerlukan langkah-langkah yang sukar, jom ikuti perkongsian ini.

Tips Mudah Untuk Simpan Petai Supaya Tahan Lama & Kekal Segar, Lebih Jimat Dari Dibeli Selalu

Cara-caranya

  1. Dapatkan petai segar ketika ia masih murah dari peniaga. Beli banyak-banyak terus pun tak mengapa. Simpan Petai Supaya Tahan Lama
  2. Kupas kulit petai dan buang selaput putih itu. Tinggal petai tu hijau sahaja ya (Kalau tak nak buang selaput putih itu pun tak mengapa. Atas citarasa masing-masing). Simpan Petai Supaya Tahan LamaSimpan Petai Supaya Tahan Lama Simpan Petai Supaya Tahan Lama
  3. Peketkan petai dalam plastik ikut kuantiti nak makan (Tak perlu basuh, nak basuh pun tak mengapa). Simpan Petai Supaya Tahan Lama
  4. Bekukan petai itu dalam peti ais. InsyaAllah akan tahan berbulan-bulan dan petai tahan lama serta rasanya tak akan berubah. Ingat, letak di bahagian frozen, bukan letak dalam peti biasa.
  5. Nak guna nanti, anda hanya perlu rendam sahaja dalam air biasa dan bilas bersih. Simpan Petai Supaya Tahan Lama Simpan Petai Supaya Tahan Lama Simpan Petai Supaya Tahan Lama

Tips: Nak lagi tahan lama, anda boleh guna vakum pack. Tapi perkongsian ini hanya menggunakan plastik ziplock (dapatkan di sini) sahaja tapi tetap elok.

Seperti yang dijanjikan, tips ini jauh lebih mudah dari yang lain. Jika nak menggunakan petai dalam resepi korang, hanya perlu mengeluarkannya dari peti ais. Jika anda mengikuti setiap langkah yang dikongsikan, tentu petai tersebut masih lagi elok dan segar, sedap untuk dimakan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu.

Kredit: Hasifah Che Mat di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Petua Madu Untuk Hilangkan Demam Dan Batuk, Terbukti Sangat Berkesan! Sekali Cuba Terus Sembuh

tags: | |