Kerinduan terhadap ibu bapa adalah satu hal yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata untuk anak-anak yang sudah kehilangan mereka. Boleh dikatakan hilang tempat bergantung dan tempat mengadu nasib untuk kita meluah. Mereka rindukan arwah ibu dan arwah bapa mereka.
Apa yang dapat diberitahu, tiada siapa yang boleh menggantikan ibu bapa kita. Kerana kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Begitulah kasih sayang mereka kepada kita dan hanya mereka sahaja yang kenal luar dan dalam kita.
Seperti kisah wanita ini yang berkongsi tentang pertemuan seorang sosok tubuh dan wajah mirip seperti arwah ibunya. Lilymersing mengatakan, tanpa memikirkan apa-apa dia terus bergegas tanpa memberitahu apa-apa dan salam serta memeluk mak cik tersebut.
Mak cik tersebut mungkin terkejut, dan wanita ini menerangkan kepada mak cik tersebut bahawa wajahnya mirip seperti arwah ibu beliau.
Selepas penerangan tersebut, mak cik tersebut faham dengan situasi tersebut dan memeluknya sekali lagi dan turut menitik air mata bersama wanita ini. Mak cik ini memahaminya kerana perit kerinduan seorang anak apabila sudah kehilangan ibu dan rindu akan pelukan hangat syurga mereka.
Tiada siapa inginkan ibu bapa mereka pulang ke negeri abadi lebih awal, ada masih banyak perkara yang tak sempat dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa mereka.
https://www.tiktok.com/@lilymersing/video/7191388137023720730?_r=1&_t=8ZHYszs16mH
@lilymersingdari pagi td,teringat kat arwah mak,tup2 ari ni terjumpa seorg makcik seiras dgn arwah mak,Allah😭😭😭😭♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO
Menjengah di ruangan komen, sesungguhnya menyentuh hati netizen dan mula rindukan ibu bapa masing masing apa bila sesudah melihat video terebut.
“Akak baru kehilangan ibu, hanya Allah saja tahu sakitnya kehilangan seorang ibu”, luah Ida_Bella68 di ruangan komen bahawa sakitnya kehilangan syurganya.
“Suami saya pun tiba-tiba jumpa seorang mak cik yang seiras arwah mak dia, terus jadikan mak angkat. Saya pun syukur juga dapatlah lepas rindu kat arwah mak mertua”, komen salmiadila7 bahawa anak yang sudah kehilangan ibu bapa ini, sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan rindu mereka.
Teruntuk anak-anak yang masih mempunyai ibu bapa, cubalah sentiasa bertanya khabar mereka. Walaupun sekarang tidak duduk bersama, jauh di mata tapi cubalah untuk meluangkan masa dengan mereka.
Untuk kenang jasa ibu bapa mungkin tidak terbalas. Tapi sebagai seorang anak haruslah sentiasa menjaga hati mereka supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Kredit: Lilymersing