Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Mula Dengan Kitar Semula Sampah, Lelaki Ini Selalu Dapat Bersedekah Subuh Di Masjid, Ini Ceritanya..

Cik Daun by Cik Daun
Februari 12, 2023
in Berita
3 min read
0 0
0
sedekah subuh
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti dilaporkan media, alam dan bumi sekarang sedang nazak dengan tindakan rakus manusia yang suka melakukan hal tanpa berfikir panjang. Misalnya, kita boleh lihat sampah-sampah di taman rekreasi, pantai atau air terjun seusai pengujung pulang.

Terdapat banyak sampah ditinggalkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab menyebabkan sampah seperti plastik hanyut ke lautan dan ia memberi kesan kepada ekosistem hidupan laut.

Mula Dengan Kitar Semula Sampah, Lelaki Ini Selalu Dapat Sedekah Subuh Di Masjid, Ini Ceritanya..

sedekah subuh

Dengan itu, bermula daripada kecaknaan diri sendiri terhadap kebersihan alam sekitar, seorang pemuda bernama Muhamad Mufarizam Yahir selalu melakukan khidmat murni mengutip sampah di bahu jalan dan lokasi tumpuan sambil mengayuh basikal.

Hasil usaha yang dilakukannya, pemuda Terengganu ini mendapat idea untuk membuka derma berbentuk barangan kitar semula di masjid-masjid. Hasil jualan derma yang diperoleh akan disumbang balik kepada kariah masjid supaya semua orang dapat merasa.

sedekah subuh

Seperti di dalam video perkongsiannya, dia mampu berkongsi dan mengagih rezeki bersama kariah masjid lain dengan menderma roti Gardenia kepada orang ramai. Derma itu dilakukan pada waktu subuh di Masjid Bandar Putra Segamat Johor.

“Sedekah subuh hasil jualan barangan kitar semula sambil menderma di Masjid Bandar Putra Segamat, Johor.

“Kariah yang hantar barangan kitar semula sambil menderma dan hasilnya berbalik kepada kariah kembali. Barang-barang kitar semula yang kariah hantar di masjid hasilnya diberi semula dengan roti,” jelasnya mengenai sedekah subuh itu.

Barangan Kitar Semula Dari Kariah, Hasil Kembali Ke Kariah

sedekah subuh

Dalam masa yang sama, dia meminta doa orang ramai agar pihaknya sentiasa istiqamah dalam melalukan amalan sedekah ini bagi berkongsi rezeki sesama insan.

Untuk info, Harian Metro pernah menyiarkan ceritanya pada tahun 2019 berkenaan amalan murninya. Menurutnya, setiap kali dia mengutip sampah di tepi-tepi jalan, dia akan dihujani dengan hon daripada kenderaan lain dan ada yang mengucapkan terima kasih.

Khidmat murni itu dilakukan selepas melihat isu sampah tidak pernah selesai kerana sikap manusia. Hinggalah dia menubuhkan aktiviti derma subuh daripada jualan kitar semula.

@mufarizam

Alhamdulillah #sedekah #subuh #sahamakhirat #fypp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – kepolo – AZ

BacaJuga

buat sandwich

Gabungan Roti Ini Buat Sandwich Lagi Sedap, Rasa Strawberi Dan Coklat Saling Melengkapi!

September 13, 2023
194
roti heaven

Jom Buat Roti Heaven. Wanita Ini Kongsikan Resepi Roti Seakan Pizza Yang Menggunakan Roti Gardenia

Jun 18, 2023
51
@mufarizam Alhamdulillah #sedekah #subuh #sahamakhirat #fypp #foryou #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – kepolo – AZ

Meninjau ruangan komen, ramai yang kagum dengan sikap Mufarizam dan mendoakannya agar dimurahkan rezeki sentiasa.

“Nampak simple je kan bagi roti, Tapi besar ganjaran di sisi Allah SWT sedekah subuh ni,” kata netizen bernama Fayyad.

“Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki pemberi dan penerima. Amin yarabbalalamin,” kata Roslina.

Semoga Sentiasa Dimurahkan Rezeki

sedekah subuh

Daripada kisah ini, banyak hal yang dapat kita contohi daripada sikap ikhlas pemuda bernama Mufarizam ini. Dengan kerja murni yang dilakukan, dia dapat berkongsi rezeki dengan manusia lain. Semoga urusannya dipermudahkan untuk berbagi rezeki dan terima kasih kerana selalu menyedarkan orang ramai tentang kebersihan alam sekitar.

Sumber: Mufarizam

Baca juga: Pekerja Kedai Makan Bagi ‘Surat’ Kepada Pelanggan, Reaksinya Memilukan

Tags: bersedekahroti Gardeniasedekah subuh
ShareTweetSend

Related Posts

cendol santan kelapa sawit
Berita

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

September 22, 2023
164
peniaga buah kini pasar malam
Berita

“Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

September 22, 2023
28
Beli Jus Nenas
Berita

Beli Jus Nenas Dalam Kotak, Wanita Ini Terkejut Dapat Air Kosong & Rasa Seperti Kena Scam

September 21, 2023
46
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist