Kari merupakan rempah ratus dan nama untuk pelbagai makanan berempah yang terkenal di Malaysia, India, Indonesia dan Thailand. Terdapat banyak rempah ini di Asia kemudian dibawa ke Barat. Ia bukan sahaja sesuai untuk hidangan utama tetapi kuahnya juga sesuai dicicah dengan roti jalan atau roti canai sebagai hidangan ringan.
Kepedasan dan kepekatannya menjadikan masakan itu sedap dan lazat. Oleh sebab itu, kebiasaannya ia adalah makanan kegemaran orang-orang melayu atau terkenal juga di kalangan orang-orang India. Tidak kiralah apa-apa bangsa di Malaysia, mereka memang sinonim dengan masakan kari.
Dengan menggunakan rempah ratus kari, pelbagai masakan dapat dibuat dengan pelbagai jenis lauk-pauk seperti Ikan kari tongkol. Inilah 3 koleksi resepi yang anda boleh cuba untuk santapan di rumah bersama keluarga.
Resepi Kari Ikan Tongkol
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan tongkol (dibersih & dipotong)
- 5 biji bendi (potong pangkal & hujung)
- 1 bji terung bulat (potong baji)
- 1 biji tomato (potong baji)
- 2 sudu makan cili giling
- 1 paket kecil serbuk kari
- 1/2 cawan air asam jawa
- 1 cawan air
- 2 cawan santan pekat
- Gula dan garam secukup rasa
- Sedikit daun kari
Bahan Tumbuk:
- 2 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 cm halia
Cara Penyediaan
- Tumiskan kesemua bahan tumbuk. Apabila sudah kelihatan kekuningan masukkan cili giring dan tumis sehingga agak garing.
- Masukkan air asam jawa dan serbuk kari. Tumis sekali lagi sehingga garing.
- Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan ke dalam kuali.
- Kemudian, masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato.
- Kemudian, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kredit: Resepi Sheila Rusly
Resepi Phad Phed Kai Ori Thai
Resepi kedua ialah masakan dari Thailand yang seakan-akan ayam goreng. Sesiapa penggemar masakan Thai atau ingin mencuba, boleh mencuba resepi ini dengan hanya memerlukan bahan-bahan berikut:
Bahan-bahan:
- 3 batang serai
- Sedikit lengkuas
- Sedikit halia
- 6 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- Cili api ikus uka
- Sedikit cili kering
- Belacan
Nota: Atas sukatan masing-masing.
Bahan-bahan lain:
- 1/2 ekor ayam – potong kecil
- 4-5 tangkai kacang panjang – potong pendek
- Terung pipit secukupnya
- 2-3 helai daun limau purut – hiris halus
- Garam & gula secukup rasa
Kaedah Penyediaan
- Kisar bahan rencah hingga halus. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak.
- Setelah kelihatan agak garing, masukkan garam, gula serta ajinomoto jika suka.
- Setelah ayam masak, masukkan kacang panjang, terung pipit dan hirisan daun limau purut.
- Gaul rata dan setelah sayur masak. Angkat dan hidangkan.
- Paling sedap makan dengan nasi panas.
Kredit: Siakap Keli
Resepi Sotong Kari Pekat Tanpa Santan
Bahan-bahan Diperlukan:
- 1 kilo sotong (dibersihkan)
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu perahan asam jawa
- 1 buah tomato (dibelah 6)
- 2-3 sudu besar daun ketumbar
- Serbuk perasa
- Garam secukupnya
- 7 sudu besar serbuk kari ikan
- Air secukupnya
Bahan Hiris:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
Kaedah Memasak:
- Panaskan minyak dan kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari.
- Masak sehingga sedikit keperangan.
- Kemudian masukkan rempah kari dan gaul sehingga sebati. Masak sehingga pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana agar masak dengan sekata dan warna kelihatan cantik. Dinasihatkan supaya masakan sentiasa dikacau.
- Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa. Kacau lagi sehingga minyak berwarna keperangan/ oren gelap.
- Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi.
- Masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa
- Boleh tambah cili merah dan cili hijau sebagai hiasan. Apabila sudah kering, sudah siap untuk diangkat.
Kredit: Resepi Enak
Banyak lagi masakan-masakan yang sedap dan boleh buatkan orang terliur dengan bau harum dan rempah ratus sangat memuaskan perut yang lapar. Sajian ini memang menepati selera makan lagi-lagi apabila makan ketika panas. Pastikan setiap bahan cukup seadanya sebelum memasak.
Selamat mencuba~
Baca juga: Ini Resepi Udang Kari Panang Thai Yang Padu & Boleh Memikat Selera Sesiapa Yang Berani Cuba.