Hidup zaman serba moden tahun 2020 ini bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemampuan. Tiada pekerjaan tetap dan mempunyai banyak komitmen, tidak kiralah dari segi adik beradik mahu pun anak-anak serta perkara lain.
Ada yang sanggup melakukan pelbagai cara demi meneruskan kelangsungan hidup. Terpaksa bergadai nyawa demi memastikan perut anak-anak diisi. Lihat sahaja berapa ramai hari ini para ibu bapa yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
Kesukaran hidup yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini cukup membuatkan hati kita menangis pilu. Namun bagi yang berkemampuan lain pula ceritanya, mereka dikurniakan rezeki lebih untuk memberikan makanan dan tempat tinggal yang terbaik untuk anak-anak.
Bukan sahaja makanan dan tempat tinggal, mereka juga bakal menyekolahkan anak mereka di sekolah yang paling terbaik. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita, Puteri Trader di aplikasi TikTok berkenaan dengan anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah antarabangsa.
Bukan sekolah kerajaan mahu pun rakyat biasa, namun sekolah tersebut kebiasaannya terdiri daripada anak-anak orang berada dan terlebih mampu. Malah wang belanja kantin yang ditambah nilai ke dalam akaun anaknya pun bukan sedikit.
Wang belanja berjumlah RM500 akan ditambah nilai dan menerusi video tersebut dia sempat berkongsi baki pada bulan April yang lepas adalah RM494. Katanya wang tersebut tidak habis kerana anaknya itu sedang berpuasa.
Ekoran video tersebut, ada warga TikTok yang terkejut dengan jumlah wang belanja yang diberikan kepada anak yang seusia itu. Tetapi janganlah hairan ya, jumlah tersebut adalah biasa bagi para ibu bapa yang berkemampuan yang menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah antarabangsa seperti itu.
@puteri.sajeda sebulan duit belanje sekolah anak RM500 #puteritrader
β¬ bunyi asal – πͺπΆπΌππͺπ» π³πΈπ±πͺπ»π² πΎ – user50917073293
@puteri.trader sebulan duit belanje sekolah anak RM500 #puteritrader β¬ bunyi asal – πͺπΆπΌππͺπ» π³πΈπ±πͺπ»π² πΎ – πͺπΆπΌππͺπ» π³πΈπ±πͺπ»π² β
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton.
Selain ada yang memuji Puteri kerana memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak ada juga yang memberi pendapat supaya sekolah kerajaan juga mengadakan sistem belanja seperti sekolah antarabangsa ini.
Dalam masa yang sama, ada juga yang menyatakan bestnya jadi orang kaya. TIdak kurang juga ada yang berkongsi katanya dulu dia pergi sekolah dapat RM5, kalau ada kokurikulum dapat RM10. Naik sekolah menengah sehari RM20, kalau nak dikira balik sebulan boleh kaya.
Seronok kan, kecil-kecil dah dapat banyak duit. Kita yang besar ni pun duit belanja ke duit kantin ke terpaksa berjimat cermat. Kalau dapat RM10 sehari tu dah dikira bersyukur sangat dah. Walaupun begitu, jangan sesekali berasa cemburu dengan rezeki yang orang lain dapat.
Bahagian kita juga ada, cuma tidak tahu bila dan bagaimana. Ada yang dapat rezeki untuk bahagian itu, ada juga yang dapat rezeki bahagian begini. Apa pun itu tetaplah bersyukur ya.
Sumber: Puteri Trader