Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “100K Pun Saya Sanggup..”, Kongsi Isteri Masak Sambil Mengaji, Ramai Yang Teruja & Dambakan Isteri Ayu Begitu

“100K Pun Saya Sanggup..”, Kongsi Isteri Masak Sambil Mengaji, Ramai Yang Teruja & Dambakan Isteri Ayu Begitu

Kategori:

Memiliki pasangan hidup tidak kira sama ada isteri atau suami yang baik, solehah dan menyejukkan mata adalah impian ramai orang. Setiap orang pastinya ingin hidup bahagia dan memiliki pasangan hidup yang baik. Jika sudah berkahwin dan mendapatkan pasangan hidup yang terbaik ianya adalah satu bonus.

Namun jika tidak, jadilah yang terbaik itu dan pastinya pasangan anda bakal menjadi yang terbaik juga kerana pasangan kita adalah cerminan kita. Memilik isteri yang menyediakan masakan, pakaian dan keperluan harian dalam keadaan terbaik juga merupakan satu bonus atau nikmat yang patut disyukuri.

Ramai teruja dengar kemerduan suara wanita ini masak sambil mengaji

Berkenaan dengan pasangan hidup dan isteri ini, ada sebuah akaun aplikasi TikTok yang dikenali dengan nama nada_haydar sempat berkongsi sebuah video mengenai si isteri. Apa yang membuatkan orang ramai teruja adalah apabila melihat si isteri yang cantik lagi ayu sedang memasak sambil membaca Al-Quran.

Melihat isterinya yang membaca Al-Quran dengan baik berserta nada yang sangat enak didengar ketika memasak membuatkan suami juga turut terpegun. Kedengaran pada ketika itu dia sedang membaca beberapa ayat dari surah Al-Baqarah sambil mengacau masakannya.

 

@nada_haydar Masyaallah istriku #haydarassegaf #nadasikkah #nengnadasikkah #nadahaydar ♬ suara asli – nada sikkah dan haydar

Ekoran keayuan dan keenakkannya membaca Al-Quran itu membuatkan ramai dalam kalangan warga TikTok yang mengimpikan wanita sebegitu. Siap ada yang kata kalau seperti ini sanggup bayar hantaran RM50000 dan ada juga yang sanggup membayar sehingga RM100000.

RM100k pun sanggup..

Menjengah ke ruangan komen yang lain, ada juga warga TikTok yang berseloroh bertanya kepada sang suami sama ada isterinya itu mempunyai adik perempuan lain atau tidak. Malah ada juga yang menganggap isterinya itu seperti bidadari dunia.

Bidadari dunia..

Semoga video yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini dapat memberikan pengajaran yang baik buat semua. Ingat, kalau kita nak memiliki pasangan yang baik dan terbaik pastikan kita jadi terbaik dahulu ya!

Kredit: nada_haydar

Baca juga: Tumpahkan Minuman Dalam Lift, Wanita Ini Berlalu Pergi Begitu Sahaja Tanpa Kutip Cawan Buat Ramai Berang

tags: | |