Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Jual Kelapa Dan Kerang..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jumpa Bajau Laut, Netizen Sedih Dan Sebak

“Jual Kelapa Dan Kerang..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jumpa Bajau Laut, Netizen Sedih Dan Sebak

Kategori:
jumpa Bajau Laut

Jika menyebut perihal komuniti Bajau Laut, segelintir orang tidak mengetahui hal sebenar yang dihadapi mereka. Kebanyakan mereka memang tinggal di laut Sabah yang dikenali sebagai Palau’u dan tinggal di dalam bot atau pondok yang dibina atas air.

Status mereka tidak bernegara. Menjadikan ia satu-satunya kumpulan manusia di rantai ini yang tidak memiliki negara. Mereka sering berpindah randah untuk mencari rezeki. Etnik ini mempunyai kehidupan yang jauh ketinggalan zaman akibat sistem dunia yang menindas.

“Jual Kelapa Dan Kerang..”, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Jumpa Bajau Laut, Netizen Sedih Dan Sebak

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama Nickaa berkongsi pengalamannya bersama seorang kanak-kanak bajau laut yang baik dan polos jiwanya. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen kerana membuka mata orang ramai akan realiti sebenar komuniti bajau laut di Semporna, Sabah.

Mereka terpaksa bergelut untuk mencari wang dan sesuap nasi. Anak-anak kecil tidak bersekolah, bahkan tidak tahu membaca dan mengira.

jumpa Bajau Laut

Melalui perkongsian video berkenaan, wanita terbabit banyak bertanya soalan kepada kanak-kanak perempuan Bajau Laut tersebut. Apabila ditanya mengenai nama, rupanya nama yang diberi adalah Zulaida. Tetapi, Zulaida tidak mengetahui berapakah umurnya kerana dia hanya tahu makan dan mencari rezeki untuk bertahan hidup.

Dia bekerja sebagai penjual kelapa dan kerang sekitar laut terutamanya untuk pelancong yang datang di Laut Semporna.

“Kami tiada kampung, kami tinggal di dalam perahu, di sini. Kami tadi membeli kelapa RM3 dan kami jual balik RM5. Aku tidak menipu kak.

“Untung kami dapat RM2. Untuk kerang, kami jual RM10 satu piring.

“Kami tidak menipu,” ulangnya lagi dalam video jumpa Bajau Laut wanita berkenaan.

“Kami Beli Kelapa RM3, Kami Jual RM5, Kami Tidak Tipu”

jumpa Bajau Laut

Dalam video tersebut, Zulaida banyak kali mengulang ‘kami tidak menipu’. Dia khawatir akan persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap dia menipu dann menjual hasil jualan orang lain. Tetapi, inilah realiti sebenar komunit Bajau Laut yang perlu diketahui ramai. Mereka bergelut mencari rezeki untuk sesuap nasi.

Bajau Laut akan hanya naik ke darat bila ada keperluan seperti untuk membuat bot atau mengebumikan kaum keluarga yang meninggal dunia.

Mengenai bekalan makanan, antara makanan asas Bajau Laut adalah kima iaitu sejenis kerang atau landak laut, dalam bahasa Bajau disebut tehe-tehe.

Video yang dikongsi wanita terbabit mempunyai 3 episod. Selain permintaan netizen, ia dikongsikan untuk totonan umum lebih mengerti keadaan etnik ini.

Di akhir episod, dia mengajak Zulaida ke tempatnya, tetapi Zulaida takut atas beberapa faktor. Dia hanya mahu mencari rezeki untuk hidup.

https://www.tiktok.com/@nicka_mnaj/video/7119840486516411675?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@nicka_mnajPart tanya umur tuu, saya x kuat lah🥹♬ original sound – Nickaa

https://www.tiktok.com/@nicka_mnaj/video/7121676430672432410?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@nicka_mnaj Replying to @sharin93 part 2 zulaida ❤️ #bajaulaut #bajaulautmabulisland #semporna ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

https://www.tiktok.com/@nicka_mnaj/video/7124673728931286299?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@nicka_mnaj Replying to @zuhuri92 Panjang perbualan kami tapi tidak semua saya record, atas ramai permintaan saya share yang ada ja ya . Maaf tidak dapat reply satu-satu comment , harap ada rezeki dapat jumpa zulaida lagi dan support jualan kecil dia❤️❤️ #bajaulaut ♬ [Healing] Music box for reminiscence scenes – Rubaru

Melihat ruangan komen, ramai berpendapat bahawa etnik Bajau Laut sememangnya baik dan berjiwa polos. Selain itu, ramai juga yang berterima kasih kepada wanita terbabit kerana menolong dan memberi senyum kepada Zulaida

“Bagus kakak ni bila saya nampak begini hancur hati saya. Susah kita ada lagi lebih susah,” kata seorang netizen tentang kisah jumpa Bajau Laut berkenaan.

“Semoga Dipermudahkan Urusan Adik”

jumpa Bajau Laut

Mengenai kisah komuniti Bajau Laut ini, sememangnya banyak isu dan faktor yang perlu didalami. Semoga hari-hari baik datang untuk semua orang.

Sumber: Nickaa

Baca juga: Ditipu RM3 Ribu Meniaga Cendol, Lelaki Ini Kongsi Kisah Disapa Seorang Tidak Dikenali, Menangis Minta Bantuan

tags: | |