Aneka laksa mudah didapati di mana-mana kedai di Malaysia. Sangat terkenal, malah di bulan puasa ia masih mendapat banyak permintaan dan dijual di sekitar Bazar Ramadan.
Nampak mudah sahaja untuk disediakan, ia perlu dimasak sehingga enak dan elok untuk dijual. Hal itu supaya dapat memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati ketika membeli. Tapi ada segelintir peniaga yang hanya menjual semata-mata untuk mengaut keuntungan. Tidak dimasak secara elok, perkara itu undang rasa marah dari si pembeli.
Terbaharu, seorang wanita berkongsi pengalaman yang kurang menyenangkan yang telah terjadi pada dirinya. Oleh kerana berpuasa dan tiba-tiba sahaja teringin untuk menikmati semangkuk laksa, wanita itu membeli sebungkus dari seorang peniaga di sebuah bazar Ramadan yang dikunjungi.
Namun bila tiba waktu untuk berbuka puasa, wanita itu hampa bila menjamu laksa yang dibeli. Pada mulanya disangka elok sahaja tapi bila dicuba dengan kuahnya, rasanya sangat tawar dan tidak kena dengan seleranya. Sama seperti menghirup air kosong sahaja!
Membayar laksa yang dibeli dengan harga RM6, wanita itu berasa tidak berpuas hati dengan perkara itu. Tambahnya, dia tidak kisah samada makanan yang dibeli itu mempunyai harga yang mahal atau murah, yang penting berbaloi. Bila membeli yang sebegini, sudah tentu rasa seperti satu pembaziran.
@mieyazakaria93 Bazar Ramadan shah alam, plaza pkns, aku bukan nak tutup periuk Tau, tapi aku rasa mcm kena Naya, ni mcm niaga asal boleh. tolong laa aku tak kesah mahal or murah tapi biar laa boleh di makan. 🥲#bazarramadan #2022 #fypシ
@mieyazakaria93 Bazar Ramadan shah alam, plaza pkns, aku bukan nak tutup periuk Tau, tapi aku rasa mcm kena Naya, ni mcm niaga asal boleh. tolong laa aku tak kesah mahal or murah tapi biar laa boleh di makan. 🥲#bazarramadan #2022 #fypシ ♬ original sound – ælya
Menjengah di ruangan komen video itu yang telah dimuat naik di laman TikTok pula, orang ramai bergurau dan memberitahu bahawa rupa kuah laksa itu sama pula dengan lauk asam pedas. Jernih dan tidak pekat, tiada rasa laksa langsung.
Malah, ada juga yang berasa bersimpati dengan apa yang terjadi dan turut berasa geram jika perkara sebegitu terjadi pada mereka.
Sebagai pembeli, sudah tentu kita mahukan kualiti. Apa yang dibeli perlulah berbaloi dengan harga. Peniaga di luar sana tidak seharusnya mengambil kesempatan dan menjual secara leka kalau tidak, bagaimana rezeki boleh berkat jika begitu?
Kredit: amyliazakaria93
Baca Juga: “Macam Nak Bagi Kambing..”, Beli Lauk Untuk Berbuka Puasa, Wanita Ini Menyesal