Bila ke dapur, mesti bersepah sahaja kuali dan periuk di dalam kabinet. Malah, ada juga beberapa kuali lama yang sudah lusuh, bocor dan tidak digunakan. Nak buang pun sayang juga, banyak kenangan indah, akhirnya tersimpan dengan begitu sahaja.
Namun begitu, tahukah anda ada cara mudah untuk mengguna semula kuali dan periuk yang sudah rosak dan bocor? Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian ini.
Di laman TikTok, seorang pengguna _s.h.a.h.a, memuat naik sebuah video dan berkongsi tips yang berguna, sesiapa sahaja yang boleh mempraktiknya.
Mempunyai kuali bocor dan lusuh, dia tidak membuangnya. Membazir, sebaliknya dia mengguna semula periuk itu dan digunakan sebagai tempat membakar. Tak perlu beli grill yang beratus-ratus ringgit, cuma perlu kuali lama sahaja, api tetap marak.
@_shahirahmohamad Jangan buang,kita guna selagi boleh guna👍🏻 #jarangfyp #fyp #diy #bakar
@_s.h.a.h.aJangan buang,kita guna selagi boleh guna👍🏻 ##jarangfyp ##fyp ##diy ##bakar♬ Kelentang Kelentong – Hael Husaini
Menjengah di ruangan komen, warganet berasa idea yang dikongsikan oleh wanita itu sangat bernas dan boleh digunakan. Maklumlah terlampau banyak kuali bocor dan rosak dirumah, boleh lah digunakan untuk menyediakan pelbagai lauk bakar-bakar.
Siapa yang ada kuali lama dan lusuh itu, jangan lah membazir dan dibuang. Cuma perlu ikuti tips mudah ini, lebih bagus.
Semoga tips ini bermanfaat buat anda.
Kredit: TikTok _s.h.a.h.a