Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Dulu Bekas Kerani Sekarang Pengusaha Gerai Kek & Pencuci Mulut Di Laman Rumah, Terima Sambutan Ramai Diserbu Pelanggan Dari Pelbagai Negeri Kerana Jual Dengan Harga Murah

Dulu Bekas Kerani Sekarang Pengusaha Gerai Kek & Pencuci Mulut Di Laman Rumah, Terima Sambutan Ramai Diserbu Pelanggan Dari Pelbagai Negeri Kerana Jual Dengan Harga Murah

Kategori:

Siapa sangka “Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu”. Nasib Asha Shahila si pengusaha gerai kek dan pencuci mulut ini berubah sekelip mata sahaja apabila video beliau viral di TikTok.

Kisah kedai Asha Cakes Dessert ini, menjadi satu inspirasi kepada peniaga yang sedang berputus asa. Ia juga memberi satu harapan baru kepada peniaga yang ingin memulakan perniagaan. Walaupun berniaga di laman rumah sahaja, beliau mampu berjaya.

Dulu Bekas Kerani Sekarang Pengusaha Gerai Kek & Pencuci Mulut Di Laman Rumah, Terima Sambutan Ramai Diserbu Pelanggan Dari Pelbagai Negeri Kerana Jual Dengan Harga Murah

Kisah yang penuh inspirasi ini adalah Norshahila Martuki, 32 tahun atau dikenali sebagai Asha Shahila di TikTok beliau. Beliau dulu merupakan bekas kerani untuk satu organisasi dan suka mengikuti rancangan membuat kek di YouTube pada waktu lapang.

Kerana terlampau minat dengan dunia bakeri, Norshahila meletakkan jawatan sebagai kerani dan mengejar minat beliau dalam dunia bakeri.

Pada bulan September 2022 tahun lepas, Asha Cakes Dessert telah memuat naik sebuah video di TikTok beliau mengatakan bahawa hari pertama beliau berniaga di laman rumah beliau dengan hasilkan hanya 8 biji kek sahaja.

Pada hari pertama, Asha Cakes Dessert hanya mempromosi perniagaan beliau di Facebook dan pelanggan setia yang bantu share posting tersebut. Beberapa orang datang ke gerai beliau bantu mempromosi perniagaan beliau  dengan memuatnaik gambar dan juga video. Dalam masa setengah jam sahaja, kek beliau berjaya habis dijual.

Siapa sangka, video hari pertama perniagaan beliau telah viral dan mendapat 145.3k tontonan. Hari kedua beliau hasilkan 10 biji kek sahaja. Selepas viral video tersebut, ada pelanggan yang datang dari jauh singgah ke kedai beliau untuk rasa keenakan pencuci mulut belau hasilkan.

Gerai beliau berada di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak tetapi beliau terharu kerana ada yang sanggup datang dan membeli di kedai beliau.

Antara kek hasil air tangan yang dihasilkan oleh Puan Norshahila adalah kek batik legend, kek chocolate moist, kek butterscotch caramel, bermacam kek cheese leleh, kek coklat caramel dan kek burnt cheese.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjual laksa air tangan ibu dan juga pencuci mulut yang sedap. Antaranya ialah seperti puding dan tart buah yang dihasilkan oleh rakannya dan diletakkan di kedai beliau.

Murah sahaja kek yang dijual oleh beliau dengan berharga antara RM5 hingga RM8 sepotong. Harga yang sangat murah dan budak sekolah pun mampu membeli kek beliau.

Siapa sangka, dengan video viral beliau tersebut. Beliau mendapat “free marketing” untuk mempromosikan kedai beliau dan dikenali oleh rakyat Malaysia. Beliau sentiasa positifkan diri beliau dan juga menerima apa sahaja kritikan daripada pelanggan beliau. Jikalau ada apa-apa yang perlu ditambahbaik dengan makanan beliau.

@ashashahila hari pertama niaga🥰jemput dtg #fyppppppppppppppppppppppp #ipohperak ♬ original sound – Alzera Geny Netriana

Paling Sedap Kek Dia Dekat Ipoh & Berbaloi Sebab Harga Dia Mampu Semua Orang Beli

Meninjau di ruangan komen pada video beliau yang viral pada tahun lepas, ramai yang memberi komen dan berdoa dengan perniagaan Puan Norshahila

“Alhamdulillah, saya doakan moga jualan Norshahila laris seperti air yang mengalir deras. Amin-amin.”, komen netizen bernama norhayatitahi1 dan berdoa supaya perniagaan Norshahila maju dan berjalan lancar.

Anda boleh kunjungi kedai beliau iaitu Asha Cakes Dessert Ipoh di No.71 Jalan Juara Kampung Manjoi. Cuti pada Ahad dan Isnin dan boleh hubungi 012-5095209 jika ingin buat tempahan.

Semoga perniaga Puan Norshahila berkembang maju dan sentiasa berjalan lancar.

Amin!

Kredit: Asha Shahila

Baca Juga: Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

tags: | | |