Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Kongsi ‘Rahsia’ Badan Cergas Sentiasa, Hanya Buat & Minum Jamu Tradisi Orang Jawa Ini!

Wanita Ini Kongsi ‘Rahsia’ Badan Cergas Sentiasa, Hanya Buat & Minum Jamu Tradisi Orang Jawa Ini!

Kategori: ,
cara buat jamu tradisi orang jawa

Apabila usia sudah menjangkau 30 dan 40 an, badan sudah mula terasa lemah. Kalau banyak jalan sikit mulalah terasa cepat penat. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita. Hal tersebut mungkin disebabkan oleh melahirkan anak yang mana menyebabkan sedikit gangguan pada badan kita. Apabila badan lenguh, nak layan anak-anak dan suami pun tiada mood.

Untuk mengurangi masalah lenguh dan buatkan badan sentiasa cergas bertenaga mungkin anda boleh ikuti cara atau petua minuman yang dikongsikan oleh Suhaili Ellie Mohamed Tauhid ini. Minuman atau jamu ini adalah amalan dan jamu tradisi orang Jawa. Katanya minuman ini boleh diamalkan namun jangan selalu.

Cara Buat Jamu Tradisi Orang Jawa Bagi Kuatkan Badan

Ini la rahsia kalau nak badan cergas. Amalan tradisi kami orang Jawa sejak dari zaman anak dara. Biasanya bila orang jumpa saya, orang tanya saya, jamu apa yang saya makan sampai “kuat” walau buat pelbagai jenis kerja dalam satu masa. 

Ini lah jamu yang mak saya ajar buat dan minum dan dari arwah nenek juga mak saya belajar. Boleh diamalkan tapi jangan selalu ya. 

Bahan Asas: 

untuk 3 hingga 5 kali minuman

  • 2-3 biji lempuyang (yang ini wajib ada sebenarnya, tapi susah nak dapat)
  • 2-3 ketul kunyit hidup
  • 1 biji manjakani
  • 3 inci halia
  • 1 sdb gula melaka
  • 2-3 sudu asam jawa
  • 3 gelas air masak 

Cara Penyediaan:

  1. Lempuyang, halia, kunyit hidup dibersihkan dan dikisar halus dan dicampur dengan sedikit air. Manakala manjakani pula dibersihkan dan dikisar kering. 
  2. Tapiskan kesemuanya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serbuk manjakani yang sudah dikisar tadi, gula melaka dan asam jawa. Tambahkan air masak. 
  3. Masak sehingga lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Tapis dan sejukkan. 
  4. Sedia untuk diminum. Boleh diminum pada bila-bila masa sahaja. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama. 

Tambahan: 

Tak perlu la minum jamu ni hari-hari. Bila rasa badan tak sedap, boleh lah buat dan minum. Sebulan sekali dua pun ok. Saya sendiri bila rasa badan tak sedap, baru buat dan minum. Bagi yang baru bersalin, elakkan dulu minum. Kalau nak minum tunggu babay dah bebas jaundis atau dah nak habis pantang atau selepas berpantang. Ini amalan saya dari zaman anak dara (sejak berumur 13 tahun sehingga sekarang dah hampir nak ke 40an). Ada orang mungkin tak serasi. Ikut keserasian badan juga ya. 

Mudah sahaja kan nak buat jamu tradisi orang jawa ini? Mungkin selepas ini mak-mak yang terasa badan lemah, lebih-lebih lagi baru lepas melahirkan anak. Bolehlah minum jamu ini. Anak dara pun boleh juga minum tau. Simpan rahsia ini baik-baik.

Kredit: Suhaili Ellie Mohamed Tauhid

Baca juga: Amal Rebusan Air 3 Bahan Semulajadi Ini Untuk Kecantikan Luar & Dalam Wanita, Tak Payah Susah-Susah Beli Jamu

tags: | |