Kucing merupakan haiwan yang sangat mulia dan begitu manja dengan manusia. Sering berkeliaran di luar, ia mengharapkan ehsan dari manusia demi mengisi perut yang kosong.
Namun begitu, ramai di antara kita yang menganiaya haiwan tersebut dengan menghalau dan memukulnya. Gara-gara hanya meminta, ada segelintir individu yang bertindak sebegitu. Seharusnya kita perlu berbuat baik padanya seperti yang telah dilakukan oleh pekerja McDonald’s ini.
Mengunjungi McDonald’s Kangar, seorang lelaki rm_azman, ke sana untuk menikmati makanan dan minuman sambil melepak. Ketika di luar, dia menyedari kehadiran seekor kucing yang sedang mengharapkan makanan dari orang ramai.
Tunggu sejenak, seorang insan tampil dan memberikan sedikit makanan pada kucing tersebut. Selesai menghabiskannya, ia berasa dahaga dan menuju ke sinki yang disediakan oleh pihak restoran.
Naik ke sinki tersebut, kucing itu bagaimanapun tidak mampu minum kerana paip perlu dibuka terlebih dahulu. Lama menunggu, akhirnya seorang pekerja McD keluar dan membuka paip lalu menadahkan tangan supaya sedikit air dapat dikumpulkan di tapak tangannya.
Kemudian, dia bantu menyuapkan air tersebut pada kucing yang sedang dahaga itu. Tidak takut, haiwan itu meminum air yang dihulurkan itu. Melihat tindakan pekerja tersebut, lelaki itu berasa terharu dan sangat berterima kasih kepadanya kerana mempunyai hati yang sungguh mulia untuk membantu haiwan terbiar.
@rm_azman Cik meow manja dahaga lepas makan. Alhamdulillah ada peminat kucing yang memahami tolong suapkan. #kucing #peminatkucing
@rm_azman Cik meow manja dahaga lepas makan. Alhamdulillah ada peminat kucing yang memahami tolong suapkan. #kucing #peminatkucing ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa terharu melihat kebaikan yang telah dilakukan oleh perkerja McD tersebut. Tindakannya yang sanggup membantu kucing tersebut mendapat pujian malah ada yang turut mendoakan supaya kebaikan yang telah dilakukannya akan mendapat ganjaran.
Tindakan pekerja tersebut sangat mulia, memang wajar mendapat pujian dan menjadi contoh kepada orang ramai. Jika melihat haiwan terbiar yang kelaparan, tak kisah kucing atau anjing, apa salahnya kita berkongsi rezeki dan memberi.
Kredit: rm_azman
Baca Juga: “Apa Yang Hampa Tak Puas Hati?!” – Peniaga Sebak Kedai Kena Khianat, Orang Ramai Cuba Pujuk