Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Oyen Pun Nak Tenang..”, Kucing Duduk Bersandar Atas Perut Pelanggan Kedai Makan, Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Mereka

Cik Daun by Cik Daun
Disember 6, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
kucing duduk bersandar
0
SHARES
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi satu trend rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pengguna media sosial, menggunakan lagu ‘Tenang’ untuk menunjukkan seseorang atau apa-apa sahaja yang mendamaikan diguna oleh orang ramai terutama pengguna media sosial TikTok.

Tanya sahaja kepada sesiapa yang menggunakan aplikasi berkenaan, pasti mereka sudah biasa dengan lagu dan trend tersebut.

“Oyen Pun Nak Tenang..”, Kucing Duduk Bersandar Atas Perut Pelanggan Kedai Makan, Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Mereka

kucing duduk bersandar

Seperti satu perkongsian video di TikTok, video yang menggunakan trend tenang ini dengan menunjukkan seekor kucing oren atau lebih dikenali oyen mencuri tumpuan orang ramai. Di dalam video berkenaan, kelihatan seekor kucing sedang tenang bersandar atas perut seorang pelanggan.

Bukan setakat itu, pelanggan berkenaan juga seperti selesa dengan perbuatan kucing berkenaan. Bagaikan ada satu pertalian rahsia di antara mereka. Kucing oyen berkenaan menyandarkan kepalanya tepat di atas perut serta mengusap perut pelanggan yang berada dalam sebuah kedai makan tersebut.

Kelucuan dan kecomelan mereka mengakibatkan video berkenaan tular. Sehingga kini, video berkenaan telah memperoleh sebanyak lima ribu lebih tanda suka dan dua ratus lebih komen di bahagian ruangan komen.

“Kucing Ada Naluri Buat Manusia Sukakan Mereka”

kucing duduk bersandar

@murnienonie

Tenang sangat tu nakk.. sodap eh dapek tilam vono tu 🤭 #fyp #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokcat #anakbulus #kucingtiktok #catlover #pecintakucing

♬ original sound – zzack🍁 – zzack🍁

BacaJuga

biskut Nabati

Risau Biskut Nabati Scam, Lelaki Ini Kira Berapa Extra 30% Nabati Untuk Pastikan Sama Dengan Label Pada Plastik. Ramai Netizen Mengamuk!

Mac 8, 2023
165
Corn Dog Tempe

Dari Teruja Bertukar Kecewa, Lelaki Ini Luah Rasa Kesal Beli Corn Dog Cheese Tapi Yang Dapat Corn Dog Tempe

Mac 7, 2023
27.9k
@murnienonie Tenang sangat tu nakk.. sodap eh dapek tilam vono tu 🤭 #fyp #tiktok #tiktokmalaysia #tiktokcat #anakbulus #kucingtiktok #catlover #pecintakucing ♬ original sound – zzack🍁

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang bersepakat mengatakan kucing oyen selesa duduk dengan pelanggan berkenaan kerana kebarangkalian pelanggan tersebut sememangnya pencinta haiwan, lebih-lebih lagi kucing.

Kata pemilik video, lelaki itu sememangnya membela banyak ekor kucing di rumah.  Sebab itulah, kucing seperti mempunyai naluri buat manusia yang sayangkan mereka.

“Mesti abang tu jenis yang sayang binatang,” komen seorang netizen dengan nama Eyra dalam video kucing duduk bersandar atas perut pelanggan itu.

“Dia tengah bukak telinga. Nak dengar baby dalam tu dah berapa bulan. Dah tidur ke belum..”, kata salah seorang netizen lain dengan nada seloroh.

“Ni la sebab saya taknak kempiskan perut. Bukan malas bersenam. Tapi anak bulus dekat rumah memerlukan perut untuk tenang ribut jiwa,” luah Banila Cekelat berkongsi pengalaman apabila melihat video kucing duduk bersandar atas perut pelanggan tersebut.

Tuan Badan Memang Pencinta Kucing

kucing duduk bersandar

Melihat kepada video berkenaan, comel betul reaksi mereka. Sememangnya, kucing juga menjadi pembuka rezeki kepada manusia. Semoga manusia dan makhluk lain sentiasa berkasih sayang demi mewujudkan satu dunia yang penuh dengan kemanusiaan.

Sumber: Murnie Nonie

Baca juga: Awal Bulan Tak Mampu Beli Lauk, Cara Kawan-Kawan Ini Makan Nasi Buat Ramai Simpati

Download Nulled WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Premium WordPress Themes Free
udemy paid course free download
download coolpad firmware
Tags: gelagat comelkisah lawakkucing duduk bersandar
ShareTweetSend

Related Posts

abang kantin
Berita

Murid Tak Cukup Duit RM2 Nak Beli Makanan, Abang Kantin Halalkan Siap Ajar Ambil Duit Baki Lagi. Sikapnya Sentuh Hati Orang Ramai

Mac 22, 2023
82
Kongsi Nasi Kandar Dengan Burung Gagak
Berita

Kongsi Nasi Kandar Dengan Burung Gagak, Tindakan Mulia Pelanggan Ini Buat Ramai Terharu

Mac 22, 2023
18
SOS PEDAS LEBIH
Berita

“Bukan Suruh Tunjuk Perasaan..” – Wanita Minta Sos Pedas Lebih, Tak Sangka Peniaga Tergamak Buat Begini..

Mac 22, 2023
72
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist