Pernah dengar dan makan kuih perut ayam ataupun orang panggil kuih telinga? Kuih yang berasal dari negeri Sarawak ini terdapat dua jenis iaitu kuih yang rasa manis ataupun masin. Anda boleh buat mengikut selera anda.
Jika di kedai, biasanya kuih ini dijual dengan harga RM15 sekilogram. Jadi, jika anda ikut resepi ini, anda boleh buat sendiri di rumah. Selain makan bersama yang tersayang, kuih ini juga sedap dan boleh dijual kepada orang ramai. Letak dalam balang cantik-cantik!
Pernah Dengar Kuih Perut Ayam? Jom Buat Kuih Ini Dengan Resepi Yang Paling Ringkas!
Bahan-bahan
- 1 kilogram tepung gandum
- 1 paket tepung jagung (300 gram)
- 1 paket serbuk santan segera
- 1 biji telur ayam gred B
- 1/2 cawan gula yang dilarutkan dengan 1 1/2 cawan air suam (gula boleh lebihkan atau kurangkan ikut kehendak masing-masing).
- 2 cawan marjerin (cairkan lebih mudah)
Cara penyediaan
- Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk santan di dalam bekas.
- Buat lubang di tengah kemudian masukkan telur. Gaulkan hingga sebati.
- Kemudian, tuangkan marjerin yang dah suam-suam kuku ke dalam bekas tepung dan gaul sekali lagi.
- Gunakan mesin pasta untuk meleperkan doh dan kemudian gunakan mesin yang sama untuk memotong adunan tersebut seperti saiz kuey teow.
- Potong dalam anggaran 5″ ataupun ikut kesesuaian.
- Bentukkan ia seperti dalam gambar dan siap!
Tadaaa! Dah siap pun kuih perut ayam kita! Kuih ini sedap dimakan petang-petang bersama air teh o panas dengan orang yang tersayang. Makan sambil menikmati dan berbual tentang hidup. Sungguh nikmat!
Sumber: Ida Saudi
Baca juga: “Selalu Yang Hijau, Kali Ini Yang Biru…”, Cara Buat Onde-Onde Bunga Telang Yang Cantik Dan Sedap!