Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Ini Terkejut Beli Kuih Tart Nanas Tak Ada Inti Harga RM 69, Tapi Tak Jadi Minta Refund Sebab …

Pelanggan Ini Terkejut Beli Kuih Tart Nanas Tak Ada Inti Harga RM 69, Tapi Tak Jadi Minta Refund Sebab …

Kategori:
kuih tart nanas

Memandangkan Hari Raya bakal menjelma tak lama lagi, kebanyakan rumah pasti sudah stokkan pelbagai jenis kuih raya untuk dijamu pada keluarga dan tetamu yang datang bertandang.

Ada yang luangkan masa hasilkan kuih raya sendiri, namun ada juga yang beli. Buat kuih sendiri memerlukan usaha, tenaga dan masa si pembuat. Ia juga memberikan kelebihan kepada si pembuat untuk mengubah suai resepi mengikut cita rasa.

Bagi yang memilih untuk beli saja kuih raya, sudah pastinya ia lebih menjimatkan masa. Namun, ada kalanya ia tidak menjamin rasa serta kualiti yang diharapkan oleh si pembeli.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok, seorang gadis di Singapura cukup terkejut apabila mendapati kuih tart nanas yang dibelinya dengan harga SGD 22 (RM 69) tiada inti.

Kuih Tart Nanas

Menurut gadis ini, dalam semua kuih yang diisi dalam balang, hanya 3 biji yang diisi dengan inti.

kuih tart nanas

 

 

@yumiayummi

Nenas nya manaa. Terkejut saya 😅

♬ original sound – Abe – 64C

Terkejut Kuih Tart Nanas Tak Ada Inti

Pengguna TikTok dengan nama Yummi Ayummi ini tidak menyangka sama sekali kerana ketika membeli kuih tersebut di kedai, balang kuih tart nanas yang lain sempurna dengan inti sampai ke lapisan bawah. Sementara yang lain hanyalah kulit tart semata-mata.

Si penjual pula mengambil balang kuih yang paling dekat dengannya kemudian terus diberikan kepada gadis itu.

Kuih Tart Nanas

 

Kuih Tart Nanas

Melihatkan pengalaman lucu gadis tersebut, netizen juga sempat berseloroh sambil mengatakan mungkin inti nanasnya dijual secara berasingan.

Selain itu, sesetengah warganet juga menganggap mungkin peniaga tersebut mengikuti trend penjualan kuih tart tanpa inti yang mendapat permintaan tinggi pada tahun ini.

Kenapa Tak Minta Refund ?

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga sempat bertanya perkembangan gadis tersebut sama ada dapat ganti kuih lain atau refund dari penjual.

Rupanya, gadis tersebut redha dan terima saja kuih tart nanas tak ada inti yang dibeli. Dia juga tak berniat untuk singgah ke kedai tersebut kerana lokasi kedai yang agak jauh dari tempat tinggalnya.

Selain itu, gadis itu juga sudah jatuh cinta dengan rasa kulit tart yang dikatakan sedap !

Kuih Tart Nanas

Kuih Tart Nanas

Bolehlah Letak Inti Sendiri

Memandangkan gadis tersebut sukakan rasa kulit tart nanas tak ada inti tersebut, ramai pula netizen Singapura yang bertanyakan di mana dia mendapatkannya.

Tak hanya itu, sesetengah warganet juga sempat memberikan cadangan kepada gadis tersebut untuk letakkan inti sendiri seperti nutella, biscoff atau jem.

Kuih Tart Nanas

Jika diikutkan, memang tak patut peniaga jual kuih tart nanas sebegini. Namun, bagi pelanggan yang tidak kisah seperti gadis tersebut, ia bukanlah satu isu yang besar.

Nasib baik kulit tart yang didapati gadis tersebut sedap, sampai tak jadi nak refund ! Apapun, semoga kisah gadis ini dapat dijadikan iktibar pada semua untuk semak dahulu kuih raya yang ingin dibeli.

Nanti dah sampai rumah, susah pula nak pulang balik ?

Sumber : TikTok Yummi Ayummi 

tags: |