Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Kulit Udang Jangan Buang! Masak Dalam Masakan Anak Sebab Ia Kaya Dengan Kalsium

Kulit Udang Jangan Buang! Masak Dalam Masakan Anak Sebab Ia Kaya Dengan Kalsium

Kategori: ,
kulit udang jangan buang

Jika mahu memasak udang, sesetengah orang memang akan kupas dan mengasingkan udang dengan kulit siap-siap kan? Dan, ada yang membuang kulit udang tanpa mengetahui khasiat sebenar yang terkandung dalam kulit udang berkenaan.

Kulit Udang Jangan Buang! Masak Dalam Masakan Anak Sebab Ia Kaya Dengan Kalsium

kulit udang jangan buang

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi satu perkongsian daripada seorang doktor bernama Mazlina Mazlan tentang hal ini. Rugi tau kalau buang! Sebab, menurut Dr Mazlina, kulit udang yang dikupas ini tinggi khasiat kalsium dan rugi jika membazir macam tu je.

Jelasnya, jika anak tak makan udang, boleh ambil kulit udang ini dan reneh untuk jadi sup kulit udang. Sup ini boleh disimpan dan dimasukkan dalam masakan anak agar anak dapat khasiat kalsium.

Kulit udang jangan buang! Tinggi betul dengan kalsium, bagus untukpertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.

kulit udang jangan buang

Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit. Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kullit udang untuk anak, Simpan dan guna bila perlu. Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.

Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnyam itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita. Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita.

Khasiat Lain Kulit Udang

  • fosforus
  • iron
  • magnesium
  • zink
  • sodium
  • potasium
  • selenium

Banyak kan mineral yang ada?

kulit udang jangan buang

Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan. Ini namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan da ia beri nutrisi pada tubuh badan anak.

Sebaiknya cuba cari udang laut, insyaAllah piilihan lebiih baik dari udang bela. Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real food tiinggi nutrisi buat anak-anak.

Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diiambil dengan kadar yang kerap.

Selamat membaca tulisan kulit udang jangan buang ini! Semoga mendapat input dan outputnya.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Baca juga: Resepi Acar Buah Masam Manis, Buat Niaga Pun boleh Laku Keras!

tags: | |