Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya, sering menjadi tumpuan pelancong, tak kira lokal atau antarabangsa. Oleh itu, terdapat pelbagai makanan dan minuman yang boleh dicuba.
Di Pulau Pinang, antara minuman yang dicari ramai adalah cendol yang lemak berkrim. Memandangkan cuaca sering panas terik di negeri itu, ia boleh menjadi penyejuk tekak.
Nak tahu di mana anda boleh menikmati cendol yang Halal dan tidak diragui di Pulau Pinang? Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui di mana anda boleh mendapati kedai Cendol Halal di Pulau Pinang!
Bagi anda yang penat meronda selepas melihat pelbagai grafiti menarik di Lebuh Acheh, George Town, tentu anda tercari-cari minuman untuk melegakan tekak, kan?
Tak perlu pergi jauh, kunjungi sahaja Haji Cendol & Coconut Shake! Terkenal di kalangan pelancong, kedai ini menyajikan cendol yang lemak berkrim dan tidak terlalu manis. Malah, ais yang digunakan dikisar halus, sedap untuk dihirup.
Selain cendol, ia juga terkenal dengan minuman lain seperti coconut shake, teh thai, aiskrim kelapa , rojak buah dan banyak lagi. Beberapa pengunjung yang pernah ke sana turut meninggalkan review dan ada juga yang menjamin bahawa ia antara tempat yang menyediakan cendol terbaik.
“Tak mahu banyak komen tapi di sinilah cendol terbaik yang saya pernah cuba!”, komen blogger Princesa3290.
Alamat: 56, Lebuh Acheh, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Facebook: Haji Chendul & Coconut Shake
Gerai kecil ini terkenal dengan Cendol Pulut yang enak dinikmati ketika musim panas. Meskipun terletak di tepi jalan raya yang sibuk, gerai ini tetap menjadi tumpuan ramai.
Dimiliki oleh Encik Azami, ia Cendol Pulut Last Corner beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja dan anda boleh mendapatkan aneka cendol yang lazat pada harga yang berpatutan.
Selain itu, gerai ini juga mempunyai pelbagai pilihan kuih-muih, buah potong, dan nasi ayam yang turut digemari ramai.
Alamat: Kampung Seberang Paya, 11900 Bayan Lepas, Penang
Menggunakan resepi warisan asli Pulau Pinang, Cendol Asli Pak Haji turut menjadi pilihan orang ramai. Malah, ada yang sanggup datang dari jauh semata-semata untuk mencubanya.
Selain boleh didapati di gerai, Cendol Asli Pak Haji turut menyediakan perkhidmatan catering untuk majlis anda. Terlalu sedap, mereka juga pernah menerima tempahan dari Bank Islam Kuala Lumpur untuk program Team Building yang pernah diadakan. Agak hebat, kan?
Tak cukup dengan itu, Cendol Asli Pak Haji turut mempunyai perkhidmatan COD pada hari Isnin, Selasa dan Rabu pada beberapa lokasi di Pulau Pinang secara PERCUMA. Setiap pesanan perlulah mempunyai minimum dua bungkus Cendol.
No telefon: 0184090286
Alamat: Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Penang
Facebook: Cendol Asli Pak Haji
Ramai juga yang claim cendol ini antara yang terbaik di Pulau Pinang. Kedai ini juga mempunyai beberapa pilihan seperti Cendol Biasa, Cendol Special, Ais Kacang dan Ais Jagung.
Semangkuk Cendol biasa akan cukup lengkap dengan santan yang pekat, kacang, ais batu yang dikisar halus, manisan dan jagung menjadikannya minuman yang sesuai di cuaca yang panas.
Berhampiran Cendol Maklom juga terdapat beberapa buah gerai yang menjual macam-macam makanan seperti kuih-muih, bihun sup, keropok lekor dan sebagainya jadi ia memang sering menjadi tumpuan orang ramai.
No telefon: 0125485828
Alamat: Kampung Sungai Puyu, 13900 Butterworth, Penang
Facebook: Cendol Maklom
Cendol Warisan sudah terkenal semenjak tahun 1957 lagi dan oleh kerana itu, mereka masih mengekalkan resepi yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tok Lazim.
Terdapat beberapa pilihan cendol yang anda boleh nikmati di Cendol Warisan seperti Cendol; tapai, jagung, pulut dan biasa. Harganya juga sangat murah jadi rugi kalau tak cuba!
Bagi anda yang tak sempat untuk keluar dari rumah, anda boleh juga mendapatkannya melalui COD atau pesan sahaja di aplikasi Tapaufood atau Foodpanda.
No telefon: 0124840325
Alamat: 1420, P119, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Facebook: Cendol Warisan
Instagram: _cendolwarisan
Ini antara gerai Cendol yang Halal untuk dikunjungi. Yang mana satu yang pernah anda pergi? Bila anda ke Pulau Pinang, jadikannya destinasi anda.