Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jom Sama-Sama Kunjungi Kelantan Exchange Pada 11 Hingga 13 November Ini, Pertunjukan Menarik Menanti Anda!

Jom Sama-Sama Kunjungi Kelantan Exchange Pada 11 Hingga 13 November Ini, Pertunjukan Menarik Menanti Anda!

Kategori:
kelantan exchange

Pasti ramai dalam kalangan kita yang mengetahui bahawa Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan sejarah serta kesenian yang luar biasa. Terbaharu, Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) akan menganjukan satu program iaitu Kelantan Exchange 2021.

Program yang bakal berlangsung pada bermula 11 hingga 13 November ini adalah bertujuan untuk membantu memelihara warisan dan budaya Melayu.

Seperti mana tahun lepas, tahun ini MCC juga berharap ia juga bakal mendapat sambutan ramai malah lebih hebat lagi. MCC percaya dengan sokongan padu yang diberikan oleh  Tourism Malaysia, Yayasan Hasanah, UNESCO, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Hotel The Grand Renai, Kota Bharu, mereka mampu mewujudkan pengalaman pengunjung yang lebih mengasyikkan.

Menampilkan lebih 50 artisan pelbagai kraf

Program yang bakal berlangsung di Hotel Grand Renai Ini akan menampilkan lebih 50 artisan pelbagai kraf dari seluruh negeri. Antaranya ialah Rosnan Abdul Rahman yang juga Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan bersama Arja Lee untuk persembahan Mak Yong nanti.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Faiz, Presiden MCC. Mok Yong merupakan persembahan istimewa yang akan kita serikan sepanjang tiga hari berlangsungnya program ini.

Untuk program kali ini pihak mereka mensasarkan lebih 500 pengunjung sehari berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bagi anda yang berada di Kelantan pada tarikh berkenaan bolehlah mengunjungi program yang mengasyikan ini. Jangan lupa juga untuk membawa kenalan dan ahli keluarga anda bersama. Jangan lupa juga untuk mematuhi SOP yang ditetapkan ya!

tags: |