Kenaikan harga jualan oleh peniaga ada munasabahnya. Namun, baru-baru ini warga net heboh dengan tindakan harga kentang Keytatoes yang tidak masuk akal oleh seorang peniaga kentang.
Ramai yang mendakwa harga yang dijual peniaga mahal sehingga menjual kentang dengan harga RM19 sekotak. Dan disebabkan itu, peniaga berkenaaan tampil bersuara menjelaskan mengapa pihaknya meletakkan harga sedemikian.
Katanya, long fries yang dijual itu mempunyai 12 batang kentang. Harga kentang yang dijual ialah RM19 dan dia meletakkan daging dan ayam pada bahagian atas kentang.
Malah, dia menjelaskan resipi yang digunakan adalah resipi asal yang bermula daripada pembuatan kentang sehinggalah kepada topping.
Tambahnya, harga juga sudah terpampang di kedai semasa pembelian dan dia ada memberitahu tentang harga tersebut semasa membuat live di sosial media.
Jadi, ia terserah kepada kuasa pembeli samada untuk membelinya atau sebaliknya.
Sumber: keytatoes